suria

Hilton Hhonors, AirAsia BIG Bekerjasama Dalam Program Kesetiaan

Alice Goh menunjukkan kad kesetiaan AirAsia BIG.
SINGAPURA: Hilton HHonors, program kesetiaan untuk 11 jenama berbeza hotel Hilton Worldwide, mengumumkan perkongsian baharu dengan AirAsia BIG, satu daripada peneraju program kesetiaan di Asia.


Perkongisan itu membolehkan ahli AirAsia BIG dan Hilton HHonors mendapat mata BIG dan HHonors apabila mereka menginap di lebih 4,200 hotel dan hartanah perkongsian masa di portfolio Hilton di seluruh dunia, kata kedua-dua syarikat berkenaan dalam satu kenyataan pada Selasa.

BIG Shots menikmati akses keutamaan untuk jualan AirAsia dan menebus penerbangan percuma AirAsia ke lebih 100 destinasi daripada serendah 100 mata BIG, kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG, Alice Goh.

AirAsia BIG dikendalikan Think Big Digital Sdn Bhd, usaha sama di antara AirAsia dan Tune Money. 




AirAsia BIG, Hilton HHonors

Artikel Lain