Kerajaan Komited Terus Bangunkan Pelaburan Ekuiti Swasta

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 7:29 PM

Wahid ketika berucap di Forum Ekuiti Swasta Malaysia pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited meneruskan pembangunan industri pelaburan ekuiti swasta yang pesat berkembang dan berminat menarik firma ekuiti swasta serantau dan global bagi menjadikan Malaysia sebagai hab operasi serantau mereka.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, banyak yang boleh ditawarkan oleh Malaysia seperti kos operasi yang menarik, pasaran modal luar pesisir di Labuan dan perhubungan pengangkutan yang cekap ke semua bandar raya serantau.

"Memandangkan semakin banyak syarikat pelaburan berkaitan kerajaan memperuntukkan modal tambahan ke dalam dana anda, kami menjangkakan timbal balas dari pihak luar untuk membantu menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi ekuiti swasta serantau," katanya pada pelancaran Forum Ekuiti Swasta Malaysia di sini, Selasa.

Turut hadir Pengerusi Ekuiti Nasional Bhd Tan Sri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menyokong pembangunan ekuiti swasta berdasarkan keyakinan bahawa ekuiti swasta mampu menggalakkan pertumbuhan pelaburan swasta, mempromosi pewujudan nilai tranformatif dan meningkatkan produktiviti dalam syarikat yang memangkinkan pertumbuhan ekonomi secara langsung.

"Antara cara bagi merangsang pelaburan swasta ialah memastikan perniagaan mempunyai akses kepada modal yang mencukupi, iaitu modal hutang dan modal ekuiti, namun satu lagi bentuk modal yang kami yakin masih di peringkat awal iaitu ekuiti swasta.

"Pasaran ekuiti swasta semakin meningkat di Malaysia, berkembang dalam 'jumlah belasan'. Kami yakin potensinya lebih tinggi dan manfaat sangat besar dengan nilai diwujudkan hasil daripada aktiviti modal ekuiti," katanya.

Bagi tempoh separuh pertama tahun ini, pelaburan swasta berjumlah RM97.5 bilion atau 69 peratus daripada RM141 bilion pelaburan dalam tempoh itu.

Tahun lepas, pelaburan swasta sebanyak RM160 bilion atau 60.5 peratus daripada jumlah pelaburan.

Sementara itu, rakan pengurusan dan ketua Asia Tenggara CVC Asia Pacific (Singapore) Pte Ltd Sigit Prasetya berkata Malaysia merupakan destinasi menarik bagi industri ekuiti swasta untuk membangun berikutan ketiadaan cukai keuntungan modal seperti yang dikenakan oleh negara lain seperti Indonesia dan Filipina.

"Di kedua-dua negara itu, jika anda membeli syarikat bukan senaraian, penjual perlu membayar 25 peratus cukai keuntungan modal.

"Ia sukar memandangkan ia mengecilkan margin dan menjadikannya kurang menarik.

"Di Malaysia, anda tidak perlu membayar dan ia sangat positif," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan