HDC Sasar Perluas Eksport Produk Halal Ke Pasaran GCC Melalui Arab Saudi

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 7:24 PM

Jamil Bidin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) menyasar untuk mengembangkan eksport produk halal ke pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC) daripada kurang RM2 bilion sekarang ini kepada RM10 bilion tidak lama lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin.


Beliau berkata, perbadanan itu yakin dapat mencapai sasaran berkenaan melalui Arab Saudi, yang memainkan peranan penting dalam kalangan negara GCC dengan penduduk berjumlah 500 juta.

"Seperti yang kita tahu, semua umat Islam akan ke Mekah (Arab Saudi) untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Oleh itu, keperluan untuk membekalkan makanan siap penting untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

"Jadi, dengan meningkatkan keupayaan kita untuk membekalkan lebih banyak makanan dan minuman ke tanah suci, jenama tempatan akan dapat mewujudkan penjenamaan yang baik dalam kalangan jemaah, syarikat-syarikat tempatan di Arab Saudi, yang mempunyai penduduk seramai 29 juta, dan dalam kalangan anggota GCC," kata beliau kepada Bernama.

Jamil berkata, banyak produk halal Malaysia telah diiktiraf oleh penduduk tempatan di sana dan hasilnya, mereka mahukan lebih lagi.

Oleh itu, HDC telah menandatangani kerjasama dengan syarikat Arab Saudi, Samyco Holdings Bhd, bagi membolehkan lebih 100 syarikat halal tempatan membawa produk mereka ke negara itu.

Samyco yang ditubuhkan pada 2010, menjadi ejen dan pengedar makanan dan minuman di Arab Saudi dan Teluk Arab.

"Selain makanan dan minuman, terdapat juga permintaan bagi farmaseutikal dan kosmetik dari negara itu.

"Daripada 100 syarikat, 70 peratus milik Bumiputera," katanya.

Beliau menggesa mereka supaya merebut peluang ini untuk mengembangkan perniagaan mereka di luar negara yang kurang kosnya dan pada masa yang sama akan meningkatkan angka eksport negara.

"Daripada pergi sendiri dan mempromosikan produk mereka, melalui kerjasama ini, Samyco akan membawa produk mereka ke Arab Saudi.

"Dan, mereka juga boleh melangkah jauh lagi dengan menandatangani perjanjian usaha sama (JV) dengan syarikat-syarikat Arab Saudi untuk menghasilkan produk mereka di sana," katanya.

Presiden Samyco, Dr Rashed Osman Joher berkata, syarikat Malaysia boleh menubuhkan pusat operasi sendiri melalui JV 50:50.

"Sebenarnya ia bergantung kepada kestabilan kewangan mereka, untuk memperoleh sama ada pasaran kecil atau besar," kata beliau sambil menambah yang syarikat halal Malaysia akan diberikan platform kukuh dengan tiada bayaran dan mereka juga boleh mengakses pasaran dengan mudah.

Tahun lepas, HDC berkata Malaysia mengeksport produk halal bernilai RM33 bilion.

Destinasi utama ialah China (RM6 bilion), Singapura (RM3 bilion) dan Amerika Syarikat (RM1 bilion), katanya.

 

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan