Hampir 4,500 Syarikat Aktif Bersatus Halal Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk menjadi hab halal dunia menjelang 2020, berikutan perkembangan dalam pembangunan industri halal di mana sebanyak 4,496 syarikat aktif disahkan halal di negara ini, setakat Mac lepas.


Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri Datuk Bolkiah Ismail berkata, perkembangan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 35.5 peratus berbanding 3,319 syarikat pada tempoh yang sama tahun lepas.

"Bagi tahun 2014, di negeri Sabah terdapat 249 buah syarikat yang diluluskan Sijil Halal dengan 105 syarikat milik Bumiputera. Dari jumlah tersebut, 20 adalah syarikat multinasional, 125 industri kecil dan 104 pula industri kecil sederhana," katanya ketika merasmikan program 'Halal Outreach Programme (Hope) 2014', peringkat negeri Sabah, di sini, Khamis.

Teks ucapan beliau disampaikan Setiausaha Tetap kementerian itu, Datuk Hashim Paijan.

Bolkiah berkata, setakat ini, terdapat 21 taman halal di seluruh negara dan 20 daripadanya telah beroperasi termasuk pembinaan taman halal seperti Taman Halal POIC Lahad Datu, Sabah serta program-program pembangunan usahawan halal.

Beliau turut menggesa usahawan-usahawan di Sabah supaya memantapkan perniagaan, meningkatkan kualiti dan daya saing serta memperluaskan lagi pasaran bagi produk dan perkhidmatan berkaitan halal.

"Kerajaan yakin saranan untuk meningkatkan penglibatan syarikat-syarikat di negeri Sabah dalam pembangunan industri halal akan dapat memberi impak menyeluruh yang amat berkesan kepada ekonomi negara," katanya.

Beliau berharap program itu dapat menyediakan platform untuk usahawan tempatan memperoleh pengetahuan mengenai pemasaran produk dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa menerusi panel dialog, taklimat oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, perkongsian ilmu dan kejayaan usahawan halal, sesi mentoring, sesi padanan perniagaan dan pamiran oleh agensi-agensi Kerajaan serta usahawan-usahawan halal.

Seramai kira-kira 100 peserta menyertai program selama dua hari berakhir esok anjuran Halal Industry Development Corporation (HDC), Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (Miti).

Tags / Kata Kunci: syarikat halal , Datuk Bolkiah Ismail

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan