Johor Terus Jadi Pilihan Pelabur Tempatan, Asing

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 3:46 PM

Iskandar Malaysia antara menarik minat pelabur di Johor. Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Johor terus menjadi pilihan pelabur tempatan dan asing dengan jumlah pelaburan perindustrian sebanyak RM14.9 bilion sejak Januari hingga Mei tahun ini.


Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, statistik berkenaan menunjukkan Johor dilihat sebagai negeri yang sangat berpotensi dan mampu menjadi hab ekonomi di negara ini.

"Daripada jumlah RM14.9 bilion itu, RM4.83 bilion adalah pelaburan asing manakala bakinya pelaburan tempatan," katanya semasa berucap merasmikan forum pengeksport peringkat Johor anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) 2014, di sini, Khamis.

Hadir sama, Pengerusi Matrade Datuk Noraini Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong.

Mohamed Khaled berkata, statistik yang dikeluarkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) itu sekaligus meletakkan Johor pada kedudukan pertama dalam pelaburan, diikuti Sarawak dan Pahang.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memastikan kelangsungan elemen positif berkenaan bagi menjadikan negeri ini sebagai destinasi pilihan pelaburan.

Tumpuan juga akan dilakukan dengan mempromosi peluang-peluang pelaburan yang ada di negeri ini, katanya.

Mengenai forum berkenaan, Mohamed Khaled berkata, ia mampu mendedahkan usahawan mengenai pengeksportan terkini dan membantu mengembangkan jaringan komuniti perniagaan di negeri ini.

"Bidang pengeksportan bukan suatu yang asing di Johor kerana negeri ini mencatatkan jumlah eksport ketiga terbesar di Malaysia tahun lepas dengan sebanyak RM181.86 bilion.

"Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 16.4 peratus berbanding sebanyak RM156.21 bilion yang dicatatkan pada tahun 2012," katanya.


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan