Keuntungan Sebelum Cukai Maybank Naik

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 4:16 PM

Maybank
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2014, meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada RM2.21 bilion daripada RM2.13 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Maybank dalam satu kenyataan berkata keuntungan sebelum cukai sektor perkhidmatan kewangan komuniti meningkat 14.9 peratus kepada RM954.2 juta manakala keuntungan sebelum cukai operasi antarabangsa naik 6.7 peratus kepada RM703.20 juta.

Hasil meningkat kepada RM8.36 bilion daripada RM8.12 bilion sebelumnya, kata bank itu.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias, berkata bank itu terus bertahan di tengah-tengah persekitaran perniagaan mencabar selepas mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam sektor perkhidmatan kewangan komuniti, antarabangsa dan perbankan Islam.

Beliau berkata Maybank akan terus mengukuhkan portfolio perniagaan, menambah baik hubungan pelanggan, terutamanya dalam segmen perbankan global dan memperkenalkan lebih banyak penyelesaian perbankan rentas sempadan.

"Dengan struktur organisasi serantau baharu kami kini berdiri kukuh, kami menjangka mencatatkan momentum pendapatan yang lebih baik bagi baki selebihnya 2014, dan kekal menumpukan kepada mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini, antara lainnya pulangan ke atas ekuiti 15 peratus dan pertumbuhan pinjaman kumpulan 13 peratus," katanya.

Pengerusinya Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata dalam suku-suku akan datang, bank itu berharap dapat meraih faedah peningkatan sinergi daripada rangkaian globalnya, dan dalam masa yang sama memantau program transformasi bagi mengekalkan penambahbaikan produktiviti dan kecekapan.

"Kami tetap berpegang teguh dengan komitmen kami untuk sentiasa menyediakan nilai kepada pemegang kepentingan kami meskipun cabaran di hadapan," katanya.

Maybank berkata bagi asas tahunan, pertumbuhan pinjaman kumpulan bagi suku pertama adalah sederhana pada 5.3 peratus, dengan operasi antarabangsa mencatatkan peningkatan kukuh 15.3 peratus, manakala operasi Malaysia susut sedikit sebanyak 0.7 peratus.

Bank itu berkata ia mengekalkan kualiti aset yang unggul menerusi kawalan kredit ketat dan langkah-langkah pengurusan risiko meskipun persekitaran pasaran yang mencabar.

Nisbah pinjaman terjejas bersih pada Mac 2014 berjumlah 0.99 peratus daripada 1.18 peratus pada Mac 2013.

Kumpulan mengekalkan nisbah pinjaman kepada deposit selesa pada 91 peratus dalam suku yang berakhir pada Mac 2014, berbanding 89.9 peratus pada Disember 2013.

Ia berkata deposit dalam pasaran antarabangsa naik 2.3 peratus mengimbangi penurunan 1.5 peratus yang dicatatkan dalam pasaran tempatan. 


Tags / Kata Kunci: Maybank

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan