suria

Industri Francais Sumbang RM25.6 Bilion

KUALA LUMPUR: Persatuan Francais Malaysia (MFA) mengunjurkan industri francais menyumbang RM25.6 bilion kepada ekonomi negara pada 2015.

Tahun lepas, industri itu menyumbang 2.5 peratus atau RM24.6 bilion kepada ekonomi.

Pengerusi MFA Datuk Mohd Latip Sarrugi berkata unjuran itu boleh dicapai dengan meningkatkan daya saing industri francais tempatan, memacu transformasi perniagaan menerusi francais dan membangunkan kecekapan pemegang francais dalam perniagaan.

Sehingga 28 Mei, 2014 terdapat sebanyak 726 peniagaan francais berdaftar dalam pelbagai sektor.

Mohd Latip berkata terdapat 58 jenama francais Malaysia yang sudah disebarkan ke 53 negara menerusi 1,992 premis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 MFA pada Khamis.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Kementerian itu dan MFA akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Francais Antarabangsa (FIM2014) untuk pemilik francais tempatan dan asing selama tiga hari mulai 13 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Ia akan menjadi platform yang baik untuk peserta tempatan mempelajari selok-belok industri francais antarabangsa," katanya.

Antara negara yang dijangka menyertai FIM2014 ialah Amerika Syarikat, Taiwan, Korea, Singapura, Indonesia dan Filipina.

MFA, Francais

Artikel Lain