PKS Catat Jualan RM3.33 Bilion

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 3:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mencatat jualan bernilai RM3.33 bilion di Persidangan Teknologi Pesisir Pantai Asia, yang pertama diadakan di rantau ini.

Sebanyak 25 PKS tempatan menyertai persidangan empat hari itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai 25 Mac lalu, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Antara produk yang dijual oleh syarikat minyak dan gas terbabit ialah kelengkapan kilang penapisan minyak dan gas, bahan kimia medan minyak, saluran paip, bahan kimia antikakisan dan kapal tekanan.

Untuk perkhidmatan minyak dan gas, PKS terbabit menawarkan pengurusan keselamatan hidrogen sulfida, reka bentuk kejuruteraan, pembersihan, pembaikan, penyelenggaraan kapal tekanan dan tangki simpanan, perkhidmatan penyaluran, logistik serta sistem pengesanan kebakaran dan gas, kata agensi penggalakan perdagangan nasional itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Di persidangan berkenaan, Matrade juga menyelaras dua perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Tekno Logam, Japan Mate dan Neuron Japan; dan Oilfield Technical Inspection dan Sky-Futures Partners Ltd.

Majlis itu disaksikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Wong Lai Sum.

Matrade menerima sambutan positif daripada syarikat asing untuk kepakaran dan kualiti tinggi syarikat Malaysia dalam membekalkan pelbagai medan minyak dengan produk dan perkhidmatan hiliran.

Tags / Kata Kunci: Matrade , PKS , Asia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan