suria

Tiga beradik ‘bahagia’ kongsi tilam single buruk, ibu masih di hospital bersalin anak keempat dikecam tak pandai rancang

Noorshalawati berkesempatan melawat keluarga tersebut dan menyerahkan sedikit bantuan makanan pada Ahad lalu.

SEJAK pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) satu persatu kisah mereka yang kurang berkemampuan lalu di timeline media sosial kita.

Antaranya kisah sepasang suami isteri yang tinggal di Rawang, Selangor bersama tiga anak mereka yang masih kecil telah terputus bekalan makanan kerana tiada wang benar-benar meruntun hati.

Lebih menyedihkan si ibu selamat bersalin anak keempat pada Isnin dan tiga anaknya yang masih kecil kini dijaga atuknya yang uzur.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sayu bertemu orang susah ‘bergelut’ cuba bisnes online, datang hantar donat pakai baju berminyak - “Dia tak tahu pasal caj delivery”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa balik kampung tanam jagung selepas kurang job fotografi... anak terkilan grup B40 dianggap tak menyumbang kepada negara

Kisah keluarga tersebut mendapat perhatian Noorshalawati Md Noor yang melakukan kunjungan mengejut ke kediaman mereka untuk menghulurkan bantuan pada Ahad lalu.

Meskipun terdapat sekatan jalan kerana PKP,  wanita itu meluahkan syukur kerana urusan untuk membantu keluarga tersebut dipermudahkan.

Sebaik tiba di kediaman keluarga itu, Noorshalawati berkata air matanya tiba-tiba gugur kerana sebak melihat keadaan daif mereka.

Noorshalawati sebak melihat keadaan rumah keluarga tersebut yang serba kekurangan.

“Masa saya sampai tu, ada tiga budak masih kecil buka pintu. Air mata saya terus mengalir sebab saya tengok keadaan dalam rumah tu kosong tak ada apa-apa.

“Tak ada tikar getah, tak ada barang… kosong hanya berlantaikan simen semata-mata. Apa yang saya nampak cuma tilam buruk dekat ruang tamu. Memang kesian.

“Bila semua budak tu pandang saya, saya cepat-cepat cover. Lepas tu mereka pun panggil atuk mereka yang saya nampak memang tak sihat… jalan seret-seret macam sakit kaki,” katanya kepada mStar.

Menurut Noorshalawati, kehadirannya itu benar-benar mengejut datuk kepada tiga kanak-kanak itu yang baru saja datang dari kampung dua hari lalu untuk menjaga cucu-cucunya itu kerana ibu mereka bersalin.

Pada saya kehidupan Allah bagi tak sama. Rezeki masing-masing tak sama. Ada yang lebih, ada yang kurang. Bagi saya komen itu agak melampau sebab mereka tak faham situasi dilalui keluarga ni.

NOORSHALAWATI MD NOOR.

“Nampak atuk dia terkejut sangat. Dia tanya dari mana… saya kata dekat sini-sini je. Saya tanya apa tak ada dalam rumah. 

“Dia kata pakcik baru sampai dua hari lepas jaga budak-budak ni sebab mak dia bersalin. Nenek mereka dah meninggal. Jadi saya faham situasi tu. 

“Tak perlulah kita pertikai mana saudara-mara dia semua. Saya tengok keluarga mereka pun tak menyusahkan orang lain dan kanak-kanak tu dah biasa dengan kehidupan mereka,” katanya.

Jelas Noorshalawati, dia tidak menduga postingnya mengenai kisah keluarga tersebut tular di media sosial sehingga ada yang mengecam ibu kepada empat anak itu.

Antara sumbangan yang dihulurkan kepada keluarga tersebut.

Saya memang terkejut bila post saya ni viral. Saya sebenarnya suka buat kerja kebajikan secara diam-diam. Tapi disebabkan ada yang beri sumbangan, jadi saya terpaksa update di Facebook.

“Tak sangka ada yang mengecam ibu kepada empat orang anak tu. Siap pertikai kenapa tak merancang keluarga kalau tahu dah tak mampu.

“Pada saya kehidupan Allah bagi tak sama. Rezeki masing-masing tak sama. Ada yang lebih, ada yang kurang. Bagi saya komen itu agak melampau sebab mereka tak faham situasi dilalui keluarga ni,” katanya.

Dalam pada itu, wanita berusia 40 tahun itu berkata dia akan menyerahkan beberapa barangan keperluan lain kepada keluarga tersebut dalam masa terdekat.

“Saya dimaklumkan mak budak-budak tu tak balik lagi. Saya cuma minta kalau balik nanti beritahu sebab lepas PKP boleh pergi melawat.

“Tapi Insya-Allah saya akan beli rice cooker, toto dan tilam baru untuk mereka. Saya pun dapat tahu tilam (single) tu mereka kongsi tiga beradik.

“Lagipun ada baki duit sumbangan tempoh hari. Jadi saya akan beli barang tambahan lain seperti susu dan pampers. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban keluarga tersebut,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain