suria

MCA Tentukan Calon Bukit Gelugor - Ku Nan

KUALA LUMPUR: MCA akan menentukan calon mereka bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor selepas kekosongan akibat kematian penyandang kerusi tersebut, Karpal Singh.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau sudah berbincang dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung perkara itu.

"Kita menghormati mengenai persetujuan dengan MCA dalam Barisan Nasional kerana kawasan kerusi Parlimen berkenaan mempunyai kira-kira 74 peratus pengundi Cina," katanya pada Ahad.

Artikel Berikut

Artikel Lain