Ikan Goreng Taucu Berkuah

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 2:00 AM

Ikan Goreng Taucu Berkuah

(Ubah saiz teks)

MASAKAN tradisional memang ada sentuhan yang akan menggamit memori silam. Mungkin ada yang tidak menggemarinya tetapi ramai yang menganggap ia suatu juadah yang tidak ditelan zaman.

Mudah disiapkan dengan bahan asasnya ada taucu dan ikan, ia sedap dimakan dengan nasi panas dan di bulan Ramadan ini, halia dan bawang putih baik untuk kesihatan.


Ikan Goreng Taucu Berkuah

Bahan:
Ikan (ikut kegemaran masing-masing - kembung, cencaru, alu-alu yang digoreng dan ketepikan
3 sudu makan taucu manis
4 biji cili hijau - belah 4
2 labu bawang besar - mayang kasar
4 ulas bawang putih - hiris 
4 sm halia - hiris
3 sudu makan gula
2 sudu besar pati asam jawa/asam keping 
Semangkuk air
minyak


Cara:
Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi.Masukkan taucu dan tambah air asam jawa. Biarkan mendidih.Masukkan ikan alu-alu goreng. Balik-balikkan. Masukkan gula dan gaul rata. Setelah kuah kelihatan pekat, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Tags / Kata Kunci: Ikan Goreng Taucu Berkuah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan