suria

Gara-gara sangkut dalam kesesakan lalu lintas, wanita selamba 'online meeting' atas skuter

Tangkap layar memaparkan aksi wanita terbabit yang sedang bermesyuarat.

KESESAKAN lalu lintas sememangnya sukar dielakkan di negara-negara berkepadatan tinggi seperti India.

Ekoran daripada itu, ramai yang 'memanfaatkan' masa tersebut dengan pelbagai aktiviti termasuk menyertai mesyuarat secara atas talian (online).

Seperti video tular, seorang wanita dari Bengaluru yang sedang menunggang motosikal jenis skuter dirakam ketika sedang menyertai mesyuarat online.

Ia berikutan dia tersekat dalam kesesakan jalan raya di kawasan berkenaan.

Rakaman video tersebut dikongsikan di laman X dengan kapsyen: “Kerja walaupun di jalan raya. Apa lagi yang perlu dilakukan? Daripada melihat isyarat, mereka melihat saya." - India Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain