suria

Kehidupan hanya akan kembali normal sehingga vaksin Covid-19 ditemui - Saintis

Kehidupan akan kembali dalam masa setahun lagi.

SAINTIS terkemuka Amerika Syarikat (AS) menegaskan arahan penjarakan sosial di negara itu tetap dilaksanakan sehingga musim panas ini.

Malah rakyat di seluruh dunia hanya akan menjalani kehidupan normal sehingga vaksin koronavirus (Covid-19) ditemui.

Presiden Persekutuan Saintis Amerika, Dr Ali Nouri berkata tiada tarikh 'magik' bila orang ramai boleh kembali menikmati makanan di restoran dan menonton wayang.

Katanya lagi, keadaan amat jauh berbeza sehingga vaksin Covid-19 ditemui yang mengambil masa sekurang-kurangnya selama setahun.

Ini bermakna masyarakat hanya boleh menjalani kehidupan normal sehingga 2021.

"Kita pastinya harus meneruskan perintah duduk di rumah sekurang-kurangnya sehingga akhir Mei atau mungkin Jun.

"Tiada tarikh magik dan semua orang hanya kembali kepada kehidupan mereka seperti biasa untuk tempoh yang lama," katanya.

China merekodkan 3,337 kematian akibat wabak itu tetapi angka sebenar jauh lebih tinggi.

Itali, Sepanyol, Perancis, Iran, AS dan UK kini mengatasi China dari segi angka kematian.

Beberapa negara sudah melaksanakan perintah berkurung untuk mengekang penularan wabak Covid-19 yang kini semakin meruncing. - Metro.co.uk

saintis, Covid-19, vaksin

Artikel Lain