suria

Ejek perintah pihak berkuasa, gadis tak hirau amaran Covid-19 menyesal selepas disahkan positif

Mengakui peka dengan perintah berkurung dan jarak sosial, namun kata gadis itu, dia langsung tidak risau.

SEORANG gadis yang mengejek video amaran mengenai Covid-19 sebelum ini disahkan positif menghidap virus itu.

Irealand Tate dari Tennessee, Amerika Syarikat sebelum ini tidak menghiraukan amaran penjarakan sosial, malah dengan yakin berkata dia tidak akan dijangkiti Covid-19.

Mengakui peka dengan perintah berkurung dan jarak sosial, namun kata gadis itu, dia langsung tidak risau.

"Saya faham, tapi saya rasa saya tak akan dapat virus itu," ujarnya menerusi satu video sebelum ini.

Kini segalanya sudah terlambat, dia disahkan positif Covid-19 setelah mengalami beberapa simptom virus berkenaan.

"Rasa macam ada orang duduk atas dada saya sepanjang masa. Sukar untuk bernafas. Saya batuk sampai berdarah.

"Jika ia tak jangkiti kamu sekalipun, ia boleh bri eksan kepada datuk, nenek, makcik atau pakcik sesiapa sahaja," ujarnya dalam nada sesal dengan perbuatan sebelum ini. - Daily Star.

Covid-19, ejek, degil

Artikel Lain