suria

Covid-19: Rumah tak siap, tiga sekeluarga jalani isolasi dalam van

Ryan bersama anaknya yang berusia empat tahun.

TIGA sekeluarga menjalani isolasi diri di dalam van bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Llantwit Major, Wales, United Kingdom.

Ryan Whitestone, 35, isteri serta anak lelakinya yang berusia empat tahun sepatutnya menetap di kediaman baharu yang dikhabarkan siap pada November lalu.

Namun, kegagalan ia disiapkan mengikut jadual memaksa mereka kini menetap di dalam van.

Lebih parah, mereka juga terpaksa menghidupkan enjin van pada setiap malam untuk memberi sedikit kepanasan dalam cuaca sejuk.

Sebelum ini, mereka menetap dalam sebuah karavan di sebuah tapak di Trecco Bay, Porthcawl namun menerima arahan agar berpindah selepas pandemik Covid-19 melanda.

"Kami cuba jadikan ia sedikit seronok untuk anak kami yang berusia empat tahun.

"Dia tidak tahu apa yang berlaku. Dia cuma nak tahu kenapa kami tiada rumah?" kata Ryan. - Daily Star.

Covid-19, van, isolasi diri

Artikel Lain