suria

Proses adopsi tertangguh gara-gara Covid-19, pasangan AS tak dapat bawa pulang anak angkat dari Wuhan

Pasangan Lawson tidak dapat menjemput anak angkat mereka dari Wuhan, China gara-gara Covid-19. Foto: Metro.co.uk

HARAPAN seorang anak yatim berusia lima tahun untuk memulakan kehidupan baru dengan ibu bapa angkatnya di Amerika Syarikat (AS) tidak kesampaian, angkara penularan wabak koronavirus atau Covid-19.

Noah Lawson kini terkandas di Wuhan, bandar di mana virus itu bermula, kerana ibu bapa angkatnya iaitu Tamara dan Jeramy Lawson dari Byron, Minnesota, tidak dibenarkan 'terbang' untuk menjemputnya.

Pasangan Lawson itu sepatutnya bertemu untuk menjemput Noah bulan ini, tetapi kini mereka telah diberitahu bahawa adopsi itu terpaksa ditunda.

Tamara berkata: "Ia boleh menjadi beberapa hari, ia boleh menjadi beberapa minggu, ia boleh menjadi beberapa bulan..

"Saya pasti ia menghancurkan mana-mana kanak-kanak di dalam situasi itu".

Menurut Lawson, mereka telah diluluskan untuk mengambil Noah sebagai anak angkat pada Disember 2018, dan telah menunggu pegawai-pegawai dari China untuk mengesahkan tarikh bagi mereka untuk membawa kanak-kanak lelaki itu pulang ke Amerika Syarikat.

Mereka berharap dapat mengambil Noah pada 10 Februari, iaitu hari ulang tahun Tamara, tetapi kini tidak tahu bila mereka mungkin bertemu kanak-kanak lelaki itu.

Kerajaan Amerika Syarikat pada 2 Februari lalu mengeluarkan arahan, di mana melarang keras mana-mana perjalanan ke China. - Metro.co.uk

Wuhan, Covid-19, adopsi, anak angkat

Artikel Lain