suria

Sibuk fikir orang lain sampai hilang selera makan, Sarah Yasmine kini fokus diri sendiri

Sarah kini tidak lagi dibenarkan membuat kenyataan berkaitan Aliff.

TIDAK lagi membuat pendedahan di media sosial, kekasih gelap kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine kini ingin memberi fokus terhadap diri dan kerjayanya.

Menurut Sarah, 24, selama tempoh empat bulan lalu, dia terlalu sibuk memikirkan orang yang sayangi sehingga menjejaskan kesihatan diri sendiri.

"Mulai hari ini saya tidak akan berbuat apa-apa melainkan untuk diri sendiri dan anak-anak.

sarah yasmine 222

Sarah sebelum ini mendedahkan dirinya sebagai kekasih Aliff.

"Saya tidak sihat selama empat bulan kerana terlalu ambil berat tentang orang lain. Selera makan berkurang, muka bengkak, bibir terkopek.

"Saya kelihatan sihat sahaja sebelum ini," katanya.

Sarah menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah dah diam, rupanya Sarah Yasmine dapat notis mahkamah... Tak boleh komen berkaitan Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih, good bye!”... Aliff Aziz mengaku silap jumpa Sarah Yasmine, harap kekasih gelap ‘enjoy 5 minute of fame’

Malah dia juga menjawab perkara sama apabila ditanya menerusi sesi soal jawab di Instastory.

Selepas membuat banyak pendedahan tentang kecurangan Aliff sebelum ini, dia terpaksa berhenti melakukan perkara sebegitu kerana mendapat perintah mahkamah.

Sarah juga memaklumkan dia kini sudah mendapat pekerjaan baharu.

aliff aziz 222

Sarah mendedahkan kecurangan Aliff terhadap Bella (kiri).

"Untuk sementara sehingga kes ini selesai, mulut saya dikunci kerana diberi perintah mahkamah.

"Saya harap anda doakan agar semua berjalan lancar dengan tindakan yang akan dibuat. Saya sudah bersedia untuk peperangan ini," ujarnya.

Bercakap kepada mStar sebelum ini, Sarah memberitahu dia menerima notis berkenaan pada 29 April lalu.

sarah yasmine 333

Sarah juga berkongsi nama selebriti lain yang terlibat dalam kisah bersama Aliff.

Dia bagaimanapun percaya segala tindakan yang dilakukan tidak melanggar undang-undang dan sedia untuk menuntut keadilan.

Sementara itu Aliff dalam satu temu bual bersama podcast The Common Folks mengakui terkejut dengan pendedahan dibuat Sarah.

Aktor berkenaan turut menegaskan hubungannya bersama Sarah sudah berakhir dan mereka tidak lagi berjumpa meskipun wanita itu pernah ajak bertemu.

Sejak dua minggu lalu nama Sarah terus menjadi perhatian ramai selepas dia secara terbuka berkongsi kecurangan Aliff bersama pelakon Ruhainies.

Tidak terhenti di situ, pendedahan Sarah turut membabitkan beberapa nama selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice dan Meerqeen.

Sarah juga mengakui kesilapan dan memberitahu dia sudah berhubung dengan isteri Aliff iaitu Bella Astillah sebelum tekad berkongsi di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain