suria

Britney Spears berkaki ayam, balut badan guna selimut... Rupanya menjerit di kawasan kediaman kerana buku lali terseliuh

Britney (kiri) dilihat keluar rumah dengan menutup bahagian dada menggunakan bantal.

PENYANYI Britney Spears didakwa sedang mengalami gangguan kesihatan mental kerana dilihat dalam keadaan 'mengerikan' selepas dipercayai bergaduh dengan teman lelakinya iaitu Paul Richard Soliz pada malam Rabu.

Menurut laporan TMZ, Britney berada dalam keadaan luar kawalan apabila menjerit-jerit di kawasan lorong kediamannya.

Beberapa jiran tetangga yang melihat situasi itu menyangka penyanyi pop berkenaan sedang mengalami gangguan mental dan menghubungi pasukan paramedik untuk bantuan.

brit1 - 1

Britney menafikan dirinya mengalami gangguan mental.

Bagaimanapun, Britney menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu dirinya hanya memerlukan pertolongan kerana buku lalinya terseliuh.

"Saya hanya ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa berita itu adalah palsu (gangguan mental).

ARTIKEL BERKAITAN: Menari sambil pegang pisau buat peminat resah, polis datang periksa keadaan Britney Spears

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears separuh bogel sambil tunggang kuda, peminat suruh dapat rawatan psikologi

"Saya hanya mengalami gangguan hormon (haid) dan kaki saya terseliuh disebabkan itu pasukan paramedik tidak sengaja datang ke rumah saya," katanya.

Britney berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian yang sama, Britney turut berkongsi sebuah video yang menunjukkan buku lalinya bengkak.

Sebelum itu, foto penyanyi lagu Oops! I Did It Again tular di media sosial apabila dirinya dilihat hanya berkaki ayam sambil badannya dibalut dengan selimut tanpa memakai baju.

Britney kelihatan tertekan sambil memegang bantal berwarna putih yang didakap pada dada dan diiringi oleh pengawal keselamatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain