suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suka hurung buah dan sayur, masuk dalam peti ais! Wanita ajar buat racun DIY halau bari-bari

Bari-bari atau lalat cuka banyak muncul ketika cuaca lembap atau musim buah-buahan. -Gambar hiasan

KEHADIRAN bari-bari di kawasan dapur sememangnya amat menjengkelkan.

Serangga perosak ini lazimnya muncul dengan 'meriah' ketika musim buah-buahan atau cuaca lembap.

Serangga yang juga dikenali sebagai lalat cuka (vinegar fly) ini gemar menghurung buah-buahan atau tumbuhan, lebih-lebih lagi yang tidak disimpan dengan sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara selamatkan peti ais berlumpur, tenggelam banjir... Jangan sesekali langgar satu pantang larang ini

Sebenarnya bari-bari tidak berbahaya namun kehadirannya cukup membuatkan kita tidak selesa, terutamanya suri rumah yang banyak menghabiskan masa di dapur.... boleh terganggu dan hilang mood untuk memasak!

Terkadang bukan sahaja di dapur malah ada juga yang berjaya masuk ke dalam peti ais, bukankah akan menjejaskan kebersihan makanan?

Buat suri rumah, anda tak perlu lagi runsing. Apa kata cuba buat sendiri racun penghalau serangga sebagaimana yang dikongsikan oleh @daisijiejie73 menerusi akaun TikTok.

bari 2

Racun DIY untuk menghalau bari-bari lebih selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia. -Gambar hiasan

Bahan-bahan:

- Bekas kosong

- Gula

- Cuka

- Sabun cuci pinggan

Cara-caranya:

1) Masukkan kira-kira satu sudu gula ke dalam bekas kosong

2) Masukkan dua sudu cuka. Ia berfungsi mewujudkan bau seperti buah yang sudah lama

3) Masukkan sedikit sabun cuci pinggan

4) Letakkan di atas kaunter atau meja makan

Bukan saja mudah dan menjimatkan, malah lebih selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan makanan.

Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain