suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laci bersepah sebab asyik sumbat beg plastik kosong, ini cara lipat bentuk 3 segi supaya lebih kemas

Teknik untuk menyimpan beg plastik dengan lebih kemas.

BEG plastik yang diperolehi setiap kali membeli di pasar raya atau pusat beli belah kebiasaanya akan disimpan untuk kegunaan lain.

Namun, pasti sakit mata ini apabila melihat beg plastik tersebut disumbat atau dibiarkan bersepah di dalam laci.

Melalui perkongsian oleh Abylla Amjah di laman Facebook, ada ditunjukkan cara mudah untuk melipat beg plastik agar dapat disimpan dengan kemas.

Ayuh kita lihat satu-persatu bagaimana caranya.

Langkah-langkah:

1) Ambil beg plastik dan lipat dua secara memanjang

2) Kemudian lipat dua sekali lagi beg plastik itu sehingga bentuknya lebih kecil. (Lihat contoh di bawah)

3) Mula dari bawah, lipat beg plastik dalam bentuk segi tiga kecil dan ulang sehingga ke hujung

4) Tinggalkan sedikit di bahagian hujung untuk diselitkan pada celah lipatan segi tiga yang dibuat

5) Begini rupanya apabila dah diselit, beg plastik akan jadi bentuk segi tiga yang kecil dan lebih mudah untuk disimpan dalam bekas

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain