suria

Ruam penuhi tapak tangan, kaki... Sarah hanya fikirkan mati selepas diberitahu menghidap kanser darah atau HIV - "Tak pernah terlintas dijangkiti Covid-19"

Tapak tangan dan kaki Sarah dipenuhi dengan ruam sebelum disahkan dijangkiti koronavirus.

PADA Februari lalu, Sarah Churchill menderita sakit 'misteri' hampir sebulan sebelum disahkan dijangkiti wabak Covid-19.

Ketika itu, penularan pandemik ini masih belum lagi dikenal pasti, malah Sarah diberitahu kemungkinan dia mengalami kanser darah atau HIV.

Tapak tangan dan kaki wanita berusia 36 tahun ini dipenuhi dengan ruam yang menjadikan dia buntu dengan penyakitnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir menemui ajal, Stejna bangkit melawan Covid-19 pada usia 103 tahun!

Lebih menakutkan lagi, nyawanya dalam bahawa kerana kemungkinan mengalami kanser darah atau HIV yang menyebabkan dia semakin takut untuk meninggalkan anak lelakinya berusia sembilan tahun keseorangan.

Namun selepas tiga bulan, Sarah diberitahu dia sebenarnya dijangkiti koronavirus.



Sarah dijangkiti Covid-19 selepas mengalami ruam di tapak tangan dan tapak kakinya.

Berkongsi pengalamannya, wanita yang mempunyai semangat juang tinggi ini berjaya melawan jangkitan virus pembunuh itu.

Sarah memberitahu, sesiapa yang mengalami ruam secara-tiba-tiba kemungkinan dijangkiti virus ini.

"Ia sangat menakutkan apabila diberitahu mungkin ada HIV atau kanser darah.

"Saya memang terfikir akan mati dan sangat beremosi. Mujur saya tidak menghidapi penyakit seperti kanser darah atau hepatitis.

"Namun saya tidak tahu apa yang merosakkan saya ini. Individu boleh terkena positif Covid-19 tanpa menunjukkan simptom.



Sarah menjalani beberapa kali ujian darah sebelum disahkan positif Covid-19
.

"Ia boleh disebarkan tanpa menyedarinya," ujarnya,

Sarah jatuh sakit pada Februari lalu sebelum Britain menjalani 'lockdown' dan ketika itu hanya lebih kurang 12 kes Covid-19 yang disahkan.

Dia menjalani ujian saringan berulang kali sehinggalah disahkan posiif.

"Tidak pernah terfikir akan dijangkiti koronavirus.

"Sungguh menarik dan mengerikan betapa banyak gejala yang berbeza. Saya tidak pernah menyangka sama sekali akan mempunyai Covid-19."

Sehingga kini diberi antibiotik namun pihak doktor belum pasti bila ruam itu akan hilamg sepenuhnya. -Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Wanita, Awal, Covid-19, Ruam, HIV, Kanser

Artikel Lain