suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor terkejut nampak cacing parasit ‘mengeliat’ dalam pundi kencing, pesakit dedah rupanya suka makan sashimi!

Cacing parasit berwarna merah yang ditemukan dalam pundi kencing pesakit.

SESETENGAH individu gemar menikmati hidangan mentah atau separuh masak kerana rasanya lebih kuat berbanding yang sudah dimasak.

Bagaimanapun, keenakan menu seperti sashimi ini datang bersama risiko dijangkiti parasit.

Begitulah yang dilalui seorang lelaki dari India ini apabila doktor menemukan cacing sepanjang kaki orang dewasa di dalam pundi kencingnya.

Memetik laporan Star Daily, pesakit berusia 32 tahun itu cuba mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah untuk membuang air kecil.

Cacing parasit masih hidup semasa dikeluarkan dari pundi kencing pesakit.

Cacing parasit masih hidup semasa dikeluarkan dari pundi kencing pesakit.

Malah dia turut mengalami simptom seperti demam.

Susulan itu, pasukan perubatan membuat imbasan dan menemukan parasit merah 'menggeliat' di sekitar pundi kencingnya.

Doktor segera mengeluarkan parasit jenis Dioctophyma renale atau lebih dikenali sebagai 'Giant Kidney Worm' itu.

Hasil pemeriksaan mendapati, ia adalah parasit jantan dan bukan betina yang dipercayai boleh memberi kesan lebih serius kepada pesakit.

Pesakit juga mengakui bahawa dia mempunyai tabiat memakan ikan mentah dan pernah melihat cacing kecil semasa membuang air kecil sebelum ini namun masih meneruskan diet kegemarannya itu.

Justeru, pasukan perubatan menasihatinya supaya berhenti memakan ikan mentah.

Artikel Lain