suria

Air bersih bukan untuk dibazirkan, ini 8 tip berjimat di rumah... Poket selamat bil tak naik mencanak

Penjimatan air harus dijadikan amalan setiap individu. -Gambar hiasan

SUMBER air tawar merupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai.

Mungkin ramai tidak sedar, namun bekalan air bersih merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan setiap manusia.

Bayangkan dunia tanpa kemudahan akses air bersih, pastinya sungguh merumitkan dan pelbagai kesulitan akan timbul.

Justeru air bersih wajar digunakan dengan berpada-pada dan segala bentuk pembaziran perlu dielakkan.

Ayuh kita lihat beberapa tip yang boleh membantu anda untuk menjimatkan penggunaan air di rumah, bil juga tidak akan naik mencanak.

Air pancuran adalah salah satu cara untuk menjimatkan air. -Gambar hiasan

Tip jimat air

1) Mandi dengan air pancuran

Air pancuran (shower) sebenarnya mengehadkan air yang dikeluarkan berbanding menggunakan hos air biasa.

Selain itu, mandi dengan air pancuran akan terasa lebih puas kerana air yang dikeluarkan adalah bertekanan tinggi, solusi dua dalam satu.

2) Gosok gigi atau sabun badan tak perlu buka air

Ingat, setiap titisan air itu adalah sangat berharga. Jika tidak digunakan, walaupun sekejap, tutup pili air, besar impaknya.

3) Basuh pinggan di dalam singki diisi air

Teknik ini akan memastikan penggunaan air yang minimum ketika membasuh pinggan, elakkan air bersih dari terbazir begitu sahaja ke dalam longkang.

Mencuci pinggan adalah antara aktiviti yang banyak menggunakan air. -Gambar hiasan

4) Cuci kereta guna air dalam baldi

Sama konsep seperti ketika anda membasuh pinggan, mencuci kereta menggunakan pili air yang mengalir akan menyebabkan air digunakan secara berlebihan dan pembaziran berlaku.

5) Pasang tangki curahan air dwisistem, curahan separuh untuk urin dan curahan penuh untuk najis

Sistem ini walaupun kelihatan ringkas tetapi besar penjimatan yang disumbangkan, anda tidak memerlukan air yang banyak untuk mengepam keluar urin dari mangkuk tandas.

Tandas dwisistem. -Gambar hiasan

6) Guna mesin basuh muatan penuh

Jangan basuh baju di dalam mesin secara kerap, adalah lebih baik kumpulkan pakaian dan membasuhnya secara serentak.

Mengurangkan penggunaan air adalah satu penjimatan.

7) Baiki pili air atau paip yang bocor

Tanpa disedari ramai, paip yang bocor menyebabkan air terbazir begitu sahaja. Walaupun air yang keluar itu tidak banyak tetapi ia berterusan, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit bukan?

8) Kumpul air hujan untuk siram pokok dan tanaman

Sambil menyelam, minum air. Hujan adalah bekalan air bersih yang percuma, manfaatkannya sebaik mungkin.

air

Peraduan ini bermula September sehingga 30 September 2023.

Dalam pada itu, mStar dengan kerjasama Air Selangor mencari hero dalam kalangan pembaca bagi bersama-sama dalam misi penjimatan air.

Ikuti langkah mudah untuk memang hadiah bernilai lebih RM2,000.

1) Kongsi foto atau video tentang cara penjimatan air

2) Tulis kapsyen kreatif berserta hashtag #H20HEROES

3) Ikuti laman sosial Air Selangor di Facebook https://www.facebook.com/airselangor dan Instagram https://www.instagram.com/airselangor/

Peraduan bermula 1 September sehingga 30 September 2023

Tunggu apa lagi, jom bersama-sama kami dalam misi ini.

Setiap peserta tertakluk kepada terma dan syarat:

Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia.

Pekerja dan ahli keluarga terdekat Star Media Group Bhd serta rakan sekutu tidak layak untuk mengambil bahagian.

Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai.

Pemenang akan diumumkan menerusi platform media sosial mStar.

Keputusan hakim adalah muktamad dan tiada rayuan atau pertikaian akan dilayan.

Pemenang akan dihubungi melalui mesej langsung di akaun media sosial mereka untuk butiran penebusan hadiah.

Kegagalan untuk memberi respons dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan kehilangan kelayakan dan pemenang lain akan dipilih.

Dengan menyertai peraduan ini, peserta memberikan hak kepada mStar untuk menggunakan penyerahan mereka bagi tujuan promosi.

Maklumat peribadi peserta yang dikumpul semasa peraduan akan digunakan semata-mata untuk tujuan peraduan dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran.

Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang isu teknikal, kehilangan atau kelewatan penyerahan, risiko, kemalangan atau sebarang masalah lain yang mungkin berlaku sepanjang peraduan dan percutian.

Peraduan ini tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain