suria

Jangan pandang remeh jika alami cirit-birit, rupanya boleh bawa maut! Ambil tahu penyakit

Cirit birit juga menyumbang kepada kematian kerana dehidrasi yang berlaku dalam badan.

SEBUT sahaja tentang penyakit yang membawa maut di dunia, pasti ramai menyangkakan ia merebak dengan cepat dan tidak boleh diubati.

Namun sebenarnya, kebanyakan penyakit tersebut boleh dicegah atau risiko menghidapnya dapat dikurangkan meskipun 'bersifat' keturunan.

1. Penyakit jantung

Penyakit arteri koronari (CAD) lazimnya dikenali sebagai penyakit jantung, ia berpunca daripada saluran darah yang sempit atau penyakit jantung iskemia.

Untuk pengetahuan anda, kegagalan jantung, aritmia dan sakit dada boleh disebabkan oleh CAD yang tidak dirawat dan risiko menghidapnya adalah daripada sejarah keluarga, masalah kencing manis, berat badan berlebihan, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi serta merokok.

Pun begitu, dengan mengekalkan kesihatan jantung yang baik dan mengambil ubat-ubatan apabila diperlukan, anda mampu mencegah lebih awal!

Bagi mengurangkan risiko menghidapnya juga, anda boleh bersenam dengan kerap, mengekalkan berat badan yang sihat, tidak merokok serta mengamalkan diet seimbang yang rendah natrium.

Strok merupakan penyakit keturunan yang boleh dicegah.

Strok merupakan penyakit keturunan yang boleh dicegah.

2. Strok

Strok berlaku apabila arteri di otak tersumbat atau bocor dan hanya dalam beberapa minit selepas 'diserang', sel-sel otak yang kekurangan oksigen akan mula mati.

Ia mengakibatkan penghidapnya mengalami kebas serta kekeliruan secara tiba-tiba, di samping sukar untuk berjalan mahupun melihat malah boleh menyebabkan hilang upaya jangka panjang jika tidak dirawat dalam tempoh tiga jam pertama!

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, orang ramai sedar bahawa kebas pada sebelah badan secara tiba-tiba adalah simptom strok, namun hanya 38 peratus yang mendapatkan rawatan kecemasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai cakap kayap ular boleh bawa maut jika bersambung... Jangan panik, ini penjelasan doktor

Jika ingin mengelak penyakit ini, anda disarankan untuk sentiasa menjaga diri, mengambil ubat-ubatan yang disyorkan dan mengubah gaya hidup terutamanya perokok serta mereka yang mempunyai sejarah keluarga strok.

Selain itu, tekanan darah tinggi yang dihidapi juga boleh dikawal dengan ubat-ubatan atau menerusi pembedahan sekali gus mencegah daripada terjadinya strok.

Secara keseluruhan, risiko strok anda boleh dikurangkan dengan mengekalkan tabiat kesihatan yang baik, termasuk senaman yang kerap dan diet seimbang.

3. Penyakit pulmonari obstruktif kronik

Dalam penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), pernafasan menjadi sukar dari masa ke masa, ia termasuklah bronkitis kronik dan emfisema.

Bagi yang mempunyai sejarah keluarga, COPD dikaitkan dengan gen AATD.

Pada tahun 2004, kira-kira 64 juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit ini.

Pun begitu, dengan pengambilan ubat secara konsisten, anda boleh melambatkan perkembangan COPD meskipun ia tidak boleh disembuhkan.

Bronkitis antara penyakit yang disebabkan jangkitan pada saluran pernafasan.

Bronkitis antara penyakit yang disebabkan jangkitan pada saluran pernafasan.

4. Jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah

Anda boleh mendapat jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah akibat selesema, radang paru-paru, batuk kering atau bronkitis.

Jangkitan saluran pernafasan bawah biasanya disebabkan oleh virus, tetapi bakteria juga boleh menjadi salah satu punca dan gejala jangkitannya termasuk batuk, sesak nafas dan sesak di dada.

Dengan mendapatkan suntikan selesema setiap tahun, anda berupaya mencegah jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah.

Selain itu, kerap basuh tangan dengan sabun dan air dapat mengelakkan jangkitan kuman, terutamanya sebelum makan dan menyentuh muka anda.

5. Kanser pernafasan

Kanser trakea, laring, bronkus dan paru-paru dikelaskan sebagai kanser pernafasan.

Merokok, asap rokok dan toksin persekitaran adalah punca utama yang membelenggu penghidap di samping pencemaran daripada sumber isi rumah, seperti bahan api.

Disebabkan oleh pencemaran dan merokok, penyelidik menganggarkan bahawa kanser pernafasan akan meningkat sebanyak 81 peratus hingga 100 peratus di negara membangun.

Kematian kanser paru-paru yang disebabkan oleh pelepasan bahan api pepejal menjejaskan 17 peratus lelaki dan 22 peratus wanita.

Kencing manis merupakan penyakit yang paling banyak dihidapi di negara berpendapatan rendah.

Kencing manis merupakan penyakit yang paling banyak dihidapi di negara berpendapatan rendah.

6. Diabetes (kencing manis)

Komplikasi diabetes lebih berkemungkinan membunuh orang di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Walaupun kencing manis sukar untuk dicegah, anda masih boleh menguruskan tahap gejala yang dialami dengan bersenam secara teratur dan mengekalkan diet yang sihat.

Pengambilan makanan berserat juga membantu mengawal gula dalam darah anda ya!

7. Dehidrasi akibat cirit-birit

Cirit-birit berlaku apabila anda membuang tiga atau lebih najis cair dalam sehari.

Apabila situasi tersebut berlarutan selama lebih daripada beberapa hari, badan anda akan kehilangan terlalu banyak garam dan air seterusnya terdehidrasi.

Ia juga menjadi punca kematian kedua bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan dianggarkan 760,000 kanak-kanak mati akibat cirit-birit setiap tahun.

Penyebab paling biasa cirit-birit adalah virus atau bakteria usus yang disebarkan melalui air atau makanan yang tercemar dan ia sering terjadi di negara membangun yang mengalami masalah sistem pembersihan.

Kanak-kanak di bawah umur lima tahun, cirit-birit adalah punca kematian kedua.

Pun begitu, masalah cirit-birit boleh dikurangkan sebanyak 40 peratus dengan teknik mencuci tangan yang baik. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain