suria

Letak telefon dalam poket punca mandul, sperma lemah? Ini penjelasan pakar

Meletakkan telefon bimbit di poket seluar boleh melemahkan kesuburan sperma.

MELIHAT kepada peningkatan jumlah kes ketidaksuburan dalam kalangan lelaki, ramai doktor di seluruh negara mula percaya bahawa gaya hidup serta teknologi tinggi adalah punca utama.

Hampir sedekad ini, kajian telah dijalankan untuk mengetahui sama ada penggunaan telefon bimbit, komputer riba, mahupun gelombang mikro boleh menyebabkan kemandulan pada lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke tidur telanjang mampu tingkat kesuburan lelaki, lebih cepat terlelap?... tapi kalau anda sleepwalker hati-hati ye!

Dalam beberapa kajian, didapati bahawa motilitas sperma boleh dipengaruhi secara negatif oleh penggunaan telefon bimbit atau sinaran elektromagnet.

Tahap kesuburan sperma bagi kaum lelaki adalah merujuk kepada keupayaan sperma itu untuk bergerak.

Menurut Perunding dan Pakar Kesuburan, Dr Parul Gupta Khanna, jika kesuburan sperma lemah, maka sperma tidak berenang dengan betul membawa kepada ketidaksuburan.

Terdapat kesan radiasi pada sperma jika menggunakan gajet dengan kerap.

Menurut kajian dalam Asian Journal of Pharmaceutical and Clinical Research, prevalens ketidaksuburan dalam populasi umum adalah 15 hingga 20 peratus.

Tahap kesuburan lelaki menyumbang kepada 20 - 40 peratus daripada kadar ini seperti di India yang memiliki populasi ramai, 23 peratus lelaki memiliki sperma yang tidak baik.

Menjadi satu kewajipan pada masa kini untuk memahami punca di sebalik kadar ketidaksuburan lelaki yang tinggi dan kemudian merawat punca utama tersebut.

Sinaran radiasi yang dihasilkan seperti telefon bimbit, komputer riba, komputer, ketuhar gelombang mikro, televisyen, WiFi, menara telefon dan radar boleh menjejaskan testis dan seterusnya boleh menjejaskan kiraan sperma, morfologi, motilitas, dan menyebabkan kerosakan pada DNA, hormon dan enzim antioksida dalam badan.

Menggunakan telefon bimbit semasa kenderaan bergerak juga menyebabkan kesan radiasi yang ketara kerana telefon bimbit cuba mengekalkan isyarat dan data sepanjang perjalanan.

Penggunaan telefon bimbit semasa kenderaan bergerak juga boleh melemahkan sperma.

Beberapa pakar antarabangsa juga menekankan kebimbangan mengenai perkara ini untuk mengurangkan kesannya.

Mencari masa rehat yang optimum adalah penting untuk mengekalkan kesihatan sperma seperti tidur selama tujuh hingga lapan jam semalaman merupakan julat terbaik untuk kesihatan sperma anda.

Ia juga merupakan idea yang baik untuk mencuba dan tidur pada masa yang sama setiap malam kerana perubahan masa yang kerap boleh menjejaskan kitaran tidur badan (body clock) anda dan menyebabkan masalah metabolik.

Harus diingatkan bahawa ini bukan tentang menghindari sepenuhnya daripada peranti selular tetapi memahami dan mengehadkan penggunaannya setiap hari untuk memiliki tubuh yang sihat.

Mengurangkan pengunaan telefon boleh mengelakkan tahap kemandulan lelaki.

Melalui perubahan kecil seperti hanya mengetahui di mana untuk menyimpan telefon bimbit, boleh memberi kesan positif kepada diri serta kesuburan sperma.

Begitu juga tentang kebanyakan kita membawa telefon di dalam poket di mana tabiat menyimpan telefon bimbit di dalam beg sebaliknya boleh membantu dalam menyekat pendedahan sinaran telefon bimbit.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain