suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak pandai mengaji al-Quran? Cuba baca surah pendek ini untuk rebut ganjaran Lailatul Qadar

Terdapat beberapa surah pendek yang boleh dijadikan amalan harian. -Gambar hiasan

MEMASUKI 10 hari terakhir Ramadan, umat Islam semakin bersungguh-sungguh menggandakan ibadah agar dapat merasai ganjaran Lailatul Qadar.

Antara amalan yang menjadi kebiasaan adalah membaca sebanyak mungkin ayat suci al-Quran malah lebih baik jika kita dapat mengkhatamkannya.

Menurut Jabatan Agama Islam Perak, bagi mereka yang tidak mampu membaca surah-surah panjang, terdapat surah-surah pendek yang mempunyai kelebihan sangat besar antaranya ialah:

1. Surah al-Ikhlas 

Baca sebanyak tiga kali kerana satu bacaan surah itu bersamaan membaca satu pertiga al-Quran.

Apabila seseorang membacanya sebanyak tiga kali, pahala yang diperoleh seumpama khatam satu kali al-Quran.

Sabda Nabi Muhammad SAW dari hadis Abu Darda' RA:

"Adakah kamu tidak mampu membaca dalam satu malam satu pertiga al-Quran? Mereka (para sahabat) berkata: Bagaimana seseorang membaca satu pertiga al-Quran? Sabda Baginda: Qul huwallahu ahad (surah Al Ikhlas) menyamai satu pertiga al-Quran," Hadis riwayat Muslim.

2. Surah al-Zalzalah

Baca sebanyak dua kali kerana satu bacaan surah itu bersamaan dengan satu perdua al-Quran dan jika seseorang membaca dua kali, pahala diperoleh ibarat khatam al-Quran.

Silhouette of asian muslim man raising hand and praying during sunset background

Umat Islam digalakkan menggandakan amalan pada 10 malam terakhir Ramadan.

3. Surah al-Kafirun

Baca sebanyak empat kali kerana satu bacaan surah itu bersamaan satu perempat al-Quran dan jika seseorang membaca empat kali, pahala diperoleh seperti khatam al-Quran.

Berdasarkan hadis diriwayatkan oleh al-Tirmizi:

"Iza zulzilati (surah Zalzalah) menyamai separuh al-Quran, (surah) al-Kafirun menyamai satu perempat al-Quran."

Walaupun sebahagian ulama menilai hadis ini sebagai lemah tetapi kita tetap diharuskan untuk beramal dengannya.

4. Surah Yasin

Satu kali bacaan surah Yasin bersamaan dengan 10 kali khatam al-Quran.

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

"Setiap sesuatu itu mempunyai hati, dan sesungguhnya hati al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa yang membacanya maka pahalanya seumpama membaca sepuluh kali al-Quran," Riwayat al-Tirmizi.

Artikel Lain