suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rahsia telur dadar gebu terbongkar! Rupanya senang je nak masak macam di restoran Thai

Telur dadar merupakan menu sampingan yang menjadi kesukaan ramai.

TELUR dadar sedap dijadikan hidangan sampingan untuk nasi campur dan juga hidangan lain.

Jika anda pernah menjamu selera di restoran Thailand, pasti sedar telur dadar yang disajikan mereka sungguh gebu teksturnya.

Apakah rahsianya untuk mendapatkan telur dadar segebu itu?

Jangan risau, ayuh kita ikuti perkongsian resepi Ida Shaida di laman Facebook.

Senang sahaja, anda hanya perlu buat satu trik ini!

Langkah-langkah:

1) Pecahkan empat telur ayam ke dalam bekas

2) Masukkan sebiji bawang, tomato, cili besar dan cili padi

3) Masukkan sedikit garam

4) Di sini terletak rahsianya, masukkan enam hingga lapan sudu besar air

5) Kemudian pukul rata telur dan selepas itu goreng seperti biasa. Hasilnya telur dadar anda pasti gebu seperti di restoran

6) Tip tambahan, jika mahukan telur dadar anda tebal seperti yang dimasak di kedai mamak, boleh campurkan sekali tepung gandum

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain