suria

Tak payah terbang jauh-jauh ke Eropah, apa kata nikmati keindahan musim sejuk di Sa Pa selepas pandemik berakhir

Pemandangan indah musim sejuk di Sa Pa, Vietnam.

SIAPA kata Asia Tenggara tidak mempunyai destinasi pelancongan musim sejuk? Tahukah anda Vietnam mempunyai beberapa kawasan yang mempunyai cuaca sejuk malah bersalji.

Selain Gunung Phia Oac dan Gunung Mao Son, daerah Sa Pa semakin mendapat perhatian pelancong yang rata-rata terpesona melihat pemandangan salji membaluti landskap pergunungan yang cukup indah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tenang lagi mempersonakan... Ini 7 destinasi jauh dari hiruk pikuk yang boleh anda kunjungi

Sa Pa adalah rumah bagi enam kelompok etnik yang memiliki budaya dan bahasa berbeza di Vietnam. Suku majoriti di situ adalah Hmong diikuti dengan Dao, Tay, Dzay dan Xa Pho.



Salji akan turun di Sa Pa pada pertengahan Disember hingga Januari.

Mereka cukup terkenal dengan sikap ramah terhadap pelawat yang datang ke Sa Pa selain mahir berbahasa Inggeris dan Perancis.

Musim sejuk di Sa Pa bermula pada November hingga April. Salji biasanya turun pada bulan Disember sehingga Januari. Cuaca di Sa Po boleh mencecah di bawah kosong darjah celcius.

Salji biasanya akan turun di Sa pa pada 15 Disember hingga 1 Januari dengan suhu mencapai -17 darjah celcius. Bagaimanapun salji hanya turun di beberapa daerah seperti Y Ty Pass, Gunung Hoang Lien Son, O Quy Ho Pass, Heaven Gate, Silver Fall, dan Bat Xat Commune.



Suhu di Sa Pa boleh mencecah -17 darjah celcius.

Dari pusat bandar Sa Pa, pelancong hanya perlu menempuh jarak perjalanan di antara 20 hingga 40 kilometer untuk ke destinasi bersalji dan tempat paling popular adalah Y Ty Pass kerana kawasan itu lebih kerap turun salji.

Pelancong juga boleh mendaki ke puncak Ham Rong, San May untuk melihat panorama kota Sa Pa yang ditutupi dengan salji.

Kawasan perumahan dan jalan utama juga kebiasaannya akan dilitupi dengan salji memberikan Sa Pa 'feel' seperti di Eropah ketika musim sejuk.

Paling mengharukan, penduduk di situ cukup bermurah hati menawarkan makanan dan minuman panas kepada pelancong yang melewati kawasan perumahan mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Chelsea pecat pengurus Frank Lampard