suria

Percutian gaya baharu... Lapangan Terbang Changi Singapura tawar tapak glamping, bersantai di taman indah

Menarik... Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman glamping.

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Changi, Singapura menawarkan pengalaman glamping kepada pengunjung yang ingin merasai kelainan ketika berada di republik itu.

Pengunjung boleh memilih untuk menginap di Shiseido Forest Valley yang turut mempunyai pemandangan menyegarkan dari HSBC Rain Vortex yang cukup gah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sunway Lagoon, Sunway Lost World of Tambun masih ditutup, tapi tetap tawar pakej serendah RM11 pada 11 November

Changi dalam kenyataan memberitahu glamping itu dibuat bagi memberi peluang kepada rakyat negara itu bercuti dengan cara berbeza tatkala Covid-19 masih melanda.



Dengan harga berpatutuan, pengunjung dapat merasai pengalaman bercuti yang sebenar.

Terdapat dua lokasi yang boleh dipilih pengunjung iaitu Cloud9 Piazza atau Forest Valley.

Pengunjung akan diberikan sebuah khemah dan tempat tidur bersaiz queen dan satu ukuran single, lengkap dengan peti sejuk, kelengkapan mandi, penghawa dingin serta boleh menggunakan bilik mandi di Changi Lounge.

Setiap khemah glamping boleh membuatkan tiga dewasa atau dua dewasa dan dua kanak-kanak.

Tidak hanya merasai pengalaman glamping di kawasan lapangan terbang, pengunjung juga diberi akses eksklusif masuk ke Changi Experience Studio atau Manulife Sky Nets - Bouncing, Canopy Park, Sparkling Christmas di Jewel atau boleh bermain permainan Jurassic Mile Dino, Jewel Privilege Pass dan tempat letak kereta percuma.

Bagi yang lebih gemar berkhemah pada siang hari, Changi juga menyediakan glampicnic di mana pengunjung boleh bersantai dalam suasana tanam yang indah dan sejuk.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain