Di sebalik pandemik, Ankara tetap lancar pembukaan dewan muzik bertaraf dunia 'The New Presidential Symphony Orchestra Concert Hall'

Gah! Dewan muzik bertaraf dunia 'The New Presidential Symphony Orchestra Concert Hall' di Ankara, Turki.

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dilaksanakan buat kali kedua membuatkan ramai bertanya-tanya bilakah sempadan negara akan dibuka semula - tetapi usah khuatir wahai para pelancong!

Pandemik ini mungkin telah menyebabkan banyak rancangan pengembaraan anda tertangguh tetapi bagi mereka yang tidak sabar-sabar meninjau keindahan seni budaya dan budaya Turki, yakinlah Turki sabar menunggu dengan tangan terbuka untuk menyambut rakyat Malaysia dengan tarikan pelancongan baharu mereka yang wajib dilawati - The Presidential Symphony Orchestra Hall.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelancongan maya, apa tu? Jom terokai MyVXp: Digital Tourism Unlimited... serendah RM15 macam-macam ada!

Terletak di ibu kota kosmopolitan Turki, dewan konsert canggih ini akan menjadi hab budaya yang baharu bagi pencinta muzik dan seni halus. Pelancaran bangunan terkenal ini yang dinanti-nantikan akan dimulakan dengan acara gala pada 29 dan 30 Oktober sempena Hari Republik Turki (Turkey’s Republic Day), hari perayaan nasional.

Dewan konsert yang menarik ini terletak di tengah-tengah Ankara, di antara Istana Ankara dan monumen bersejarah, Anıtkabir. Tarikan yang megah ini telah didirikan dengan kos binaan sekitar 83 juta Euro dan kini akan menempatkan Presidential Symphony Orchestra yang berprestij, salah satu orkestra tertua di dunia.

The Presidential Symphony Orchestra Hall akan membawa artis dan pemuzik baharu dan mapan ke barisan hadapan. Lokasi baharu ini akan mengundang penyanyi soprano yang terkenal di dunia, Angela Gheorghiu dan salah satu duo piano paling terkenal di dunia, saudara kembar Güher dan Süher Pekinel.

The Symphony akan dipimpin oleh Cemi'i Can Deliorman, salah seorang konduktor generasi muda yang paling dicari dan sangat terkenal.



Pemandangan daripada pintu masuk dewan yang cukup mengagumkan.

Sebagai sebuah hab budaya dan muzik, tempat ini akan mengadakan persembahan muzik secara langsung yang hebat di 'Great Hall' yang mempunyai kapasiti tempat duduk lebih daripada 2,000 orang; 'Blue Hall', dengan kapasiti 500 tempat duduk; dan 'Historical CSO Hall' yang berkapasiti 600 tempat duduk.

Di sini juga akan terdapat beberapa buah restoran, muzium, dan kawasan terbuka yang menjadikannya tempat pertemuan yang paling sesuai dan sempurna untuk para pencinta seni dan muzik.

Menghormati tradisi sambil merangkul masa depan

The Presidential Symphony Orchestra adalah salah satu orkestra pertama di dunia dan masih merupakan salah satu yang terbaik. Orkestra unggul ini sudah didirikan hampir 200 tahun yang lalu pada tahun 1826 dan telah bekerjasama dengan ramai bakat muzik yang terkemuka di dunia.

Konduktor dan Pengarah Artistik Presidential Symphony Orchestra, Cemi'i Can Deliorman berkata: “Dewan ini megah dengan akustik yang luar biasa. Di rumah baharu kami ini, The Presidential Symphony Orchestra dapat bersaing dengan orkestra terkemuka di dunia dan kami menantikan banyak persembahan yang hebat.”

Sudah lama tidak terlihat bangunan orkestra kontemporari membuka pintunya sejak pelancaran Hamburg Elbphilharmonie pada tahun 2017.



'The New Presidential Symphony Orchestra Concert Hall' sedia menerima kehadiran tetamu.

Oleh itu, pelancaran dewan konsert ini sangat dinanti-nantikan oleh semua pihak. Senibina unik bangunan ini bertema kontemporari dengan unsur klasik.

Reka bentuknya yang menarik dengan dua kubah kaca yang terletak di dua sisi atrium kaca yang moden akan kelihatan cantik untuk bertahun yang akan datang. Bangunan canggih dengan fokus pada budaya dan masyarakat akan terbukti menjadi aset bagi dunia muzik global.

Bangunan yang indah ini dibina untuk berfungsi secara mantap di mana akustik bangunan telah dinilai oleh pakar akustik, Profesor W. Fasold bersama-sama dengan Fraunhofer Institute for Building Physics.

Dengan kehadiran wabak yang amat merisaukan, sudah pasti ramai yang khuatir akan keselamatan tatkala melancong ke luar negara. Oleh sebab yang demikian, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik Turki ingin memastikan bahawa kesejahteraan dan ketenangan fikiran para pelancongnya menjadi keutamaan dengan program Pensijilan Pelancongan Sihat.

Pensijilan ini memastikan bahawa pelancong ke Turki dapat mengembara ke negara tersebut dengan cara yang selamat dan bersih dari sudut penginapan, pengangkutan, dan destinasi pelancongan - pastikan anda mengunjungi Dewan Orkestra yang megah ini!

Sebelum terbukanya sempadan negara, rakyat Malaysia yang ingin menyaksikan pelancaran bangunan bertaraf dunia disertai persembahan-persembahan hebat, termasuk persembahan oleh Suher-Guner dan penyanyi soprano tersohor boleh ke laman Facebook Kementerian Turki. Perincian butiran seperti berikut:

Facebook : TCKulturTurizm

Date : Jumaat, 30 October 2020

Time : 1:00 pagi (Waktu Malaysia)

Artikel Berkaitan

Artikel Lain