suria

Hello bakal pengantin... Check out pakej wedding photoshoot, siap bulan madu romantik di Janda Baik!

Salah sebuah resort Eyra by Suria di Janda Baik yang menjadi pilihan ramai kerana dikelilingi kehijauan alam semula jadi, sesuai untuk menenangkan fikiran.

SEJAK kerajaan membenarkan pergerakan merentas negeri pada 10 Jun, tidak dinafikan ramai sudah mula ‘rindu’ untuk pergi bercuti.

Maka tidak hairanlah ramai mula memburu pakej percutian menarik dan berbaloi untuk seisi keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah dilanda gempa bumi, tapak perkhemahan Polumpung Melangkap wish list pencinta alam

Bagi anda yang mahukan percutian yang menenangkan dan jauh dari kesibukan kota, Eyra by Suria Janda Baik, pilihan terbaik.

Pengunjung bebas mandi manda di sungai yang terletak di belakang resort.

Bukan saja hanya sejam pemanduan dari Kuala Lumpur, pengunjung juga berpeluang mandi-manda di sungai yang terletak di belakang resort yang dikelilingi kehijauan itu.

Menariknya anda juga boleh menikmati raja buah dan manggis sekiranya bercuti ke sini pada musim buah-buahan.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Jualan Eyra by Suria Hotel & Resort, Noor Aini Abd Ghani, operasi resort ini sudah mula dibuka kepada orang ramai sebaik sahaja mendapat lampu hijau daripada kerajaan.

Antara panorama yang boleh disaksikan di lokasi itu.

"Kami sebenarnya sudah beroperasi sejak 13 Mei lagi tapi tempahan hanya terhad kepada bilik-bilik tertentu saja.

"Namun bermula 1 Julai lalu, semua kategori bilik di Janda Baik dan tiga lagi resort lain di Bentong, Cherating dan Johor Bahru sudah dibuka untuk tempahan," katanya kepada mStar.

Sepanjang tempoh itu, Noor Aini berkata pelbagai promosi ditawarkan kepada pengunjung selaras dengan usaha kerajaan untuk merancakkan kembali industri pelancongan dalam negara.

Pengunjung boleh berehat sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang menghijau di Janda Baik.

"Ramai tahu industri perhotelan terjejas teruk akibat wabak Covid-19. Jadi kami pun mengambil inisiatif menawarkan pelbagai promosi menarik kepada pengunjung.

"Menariknya promosi dalam bentuk baucar itu boleh diperolehi menerusi platform e-dagang sehingga 31 Julai ini.

"Memandangkan masih ada yang memilih untuk bercuti sehingga wabak ini betul-betul reda, jadi baucar itu boleh digunakan dalam tempoh dua tahun," katanya.

Salah sebuah bilik yang terdapat di resort Eyra by Suria Hot Spring Bentong.

Berikut antara baucar promosi pakej terbaharu yang ditawarkan di keempat-empat resort dan hotel milik Eyra by Suria.

- Percutian Kasih Sayang (boleh digunakan di Hot Spring Bentong, Janda Baik dan Cherating)

- Jacuzzi Villa Hot Spring Bentong

- Camping Survival Janda Baik

Malah kejernihan air sungai pula memberi mood menyegarkan pada gambar. Jadi pengunjung boleh set up props mereka sendiri dan bebas menggunakan kemudahan yang disediakan.

NOOR AINI ABD GHANI

Pengurus pemasaran dan jualan

- Penginapan 2 hari 1 malam Honeymoon Romantik Janda Baik

- Wedding Photoshoot Janda Baik

- Book Own Resort Janda Baik

Selain itu, Noor Aini berkata potongan diskaun 50 peratus turut diberikan bagi Voucher 2 hari 1 malam Honeymoon Romantik di Janda Baik.

Resort di Hot Spring Bentong antara yang menjadi pilihan pengunjung.

"Daripada enam promosi ditawarkan, satu (baucar 2 hari 1 malam Honeymoon Romantik Janda Baik) dah ada sebelum ini tapi kita cantikkan lagi harga.

"Jadi pengunjung boleh menikmati potongan diskaun 50 peratus untuk baucar tersebut. Lima lagi adalah promosi terbaharu," katanya.

Kali ini juga, Eyra by Suria tampil dengan kelainan apabila menawarkan pakej Wedding Photoshoot di resortnya yang terletak di Janda Baik.

Keindahan alam yang memukau.

"Kita develop pakej ini sebab rasakan why not gunakan lokasi eksklusif yang kita ada. Lagipun banyak angle cantik ditambah pula dengan suasana alam semula jadi yang menghijau.

"Malah kejernihan air sungai pula memberi mood menyegarkan pada gambar. Jadi pengunjung boleh set up props mereka sendiri dan bebas menggunakan kemudahan yang disediakan," katanya.

Namun katanya harga bagi pakej tersebut hanya akan diumumkan pada awal bulan depan.

Pengunjung juga boleh berkhemah di resort Eyra by Suria Janda Baik.

"Harga masih dalam peringkat perbincangan dan akan diumumkan pada Ogos ini. Biasanya untuk pakej ini ramai buat hujung minggu. Jadi kita sasarkan 10 pelanggan bermula Ogos hingga akhir tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, Noor Aini mendedahkan tiga resort di Janda Baik, Hot Spring Bentong dan Cherating menjadi pilihan pengunjung sejak sektor pelancongan kembali dibuka semula.

"Ikut promosi ramai pilih resort di Bentong, Cherating dan Janda baik. So far kami target 500 pembeli tapi Alhamdulillah kita dah achieve 400 pembeli.

"Jadi kami target 1,000 pembeli sebelum tarikh tutup promosi pada 31 Julai ini. Ramai pembeli adalah dalam kalangan rakyat tempatan. Tapi ada juga pembeli di kalangan pelajar dari luar negara, ” katanya sambil menambah maklumat lanjut berhubung tawaran itu dapat diperoleh di laman web resort berkenaan, www.eryabysuria.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain