suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tang Jie-Ee Wei tempah tiket ke suku akhir, tewaskan AS

Tang Jie dan Ee Wei beraksi di Sukan Olimpik Paris. Foto OCM

PASANGAN beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menempah tiket ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat dengan 21-15, 24-22, pada perlawanan kedua Kumpulan D.

Tang Jie-Ee Wei berhempas-pulas menyelamatkan dua mata permainan daripada ketinggalan 18-20 ketika menentang Amerika pada perlawanan kedua, sebelum bangkit dengan kemenangan kedua mereka dalam kumpulan itu di Arena Adidas di Port de la Chapelle pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron-Wooi Yik menang lagi, sahkan tempat ke suku akhir

ARTIKEL BERKAITAN: Pearly-Thinaah bangkit tewaskan bekas juara dunia, hidupkan harapan ke suku akhir

Pemain nombor ke-9 dunia itu kini diberi jaminan untuk mendapat tempat dalam kelompok lapan terakhir selepas turut menewaskan pemain Singapura, Terry Hee-Jessica Tan dalam perlawanan pembukaan sehari sebelumnya.

Tang Jie-Ee Wei seterusnya akan menentang pemain nombor dua dunia dari China, Feng Yanzhe-Huang Dongping pada Isnin untuk menentukan pemenang kumpulan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain