suria

Datang ke rumah untuk bermesra, wanita tak sangka jadi mangsa rogol pemain bola muda

Diamond didakwa merogol seorang wanita yang dikenalinya melalui Tinder. -Foto ChronicleLive

PEMAIN sayap Sunderland Jack Diamond mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol dan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Diamond dibicarakan di Mahkamah Newcastle Crown selepas dia didakwa merogol seorang wanita yang dikenalinya melalui aplikasi Tinder.

Kes rogol itu didakwa berlaku di rumahnya di Falstone, Fatfield, Washington pada 7 Mei 2022.

Mereka berkenalan secara dalam talian sebelum Diamond meminta wanita itu datang ke rumahnya dan mereka bersetuju berpelukan sahaja.

Namun, Diamond didakwa mula melakukan serangan seksual selepas mereka berdua berpelukan di atas katil.

Tuduhan ke atas pemain berusia 23 tahun itu membawa kepada penggantungannya daripada kelab bola sepak Championship.

Malah, khidmat Diamond dengan Lincoln City sebagai pemain pinjaman juga telah ditamatkan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain