suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Logan Paul kongsi foto sedang mandi, hanya tutup badan dengan tali pinggang kejuaraan

Logan Paul memakai tali pinggang kejuaraan ketika dia mandi bagi meraikan kemenangan ke atas Rey Misterio.

YOUTUBER yang juga seorang petinju, Logan Paul ada cara tersendiri untuk meraikan kemenangannya ke atas Rey Misterio dalam perlawanan WWE baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Paul dilihat sedang tidur di atas katil bersama tunangnya sambil memeluk tali pinggang kejuaraan.

Paling mencuri tumpuan tentunya foto Paul yang mandi tanpa seurat benang.

Dia hanya menutup bahagian kemaluan dengan tali pinggang kejuaraan.

"Kehidupan juara," tulis Paul ringkas pada bahagian kapsyen.

Foto itu menerima pujian peminatnya, namun ada yang turut mengkritik Paul.

Untuk rekod, Paul menewaskan Rey Mysterio di kejohanan WWE Crown Jewel di Arab Saudi pada Sabtu untuk memenangi Kejohanan Amerika Syarikat.

Ia juga menandakan gelaran pertama kerjaya gusti profesionalnya. - The Sun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain