suria

Bekas isteri berputih mata, gagal tuntut harta sepencarian... Ibu Achraf Hakimi akui tak tahu pasal perpindahan harta

Ibu Achraf Hakimi dedah situasi sebenar mengenai harta anaknya.

IBU kepada pemain bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi, berkata dia langsung tidak tahu berkenaan harta yang diletakkan atas namanya serta perpindahan wang dilakukan anaknya itu.

Jelas Saida Mouh, Hakimi tidak pernah memberitahu apa-apa kepadanya berkenaan situasi itu.

"Apa salahnya jika berita itu benar? Jika anak saya tidak berbuat begitu, dia tidak akan dapat lepas daripada wanita itu (Hiba Abouk)," kata Mouh.

Menurut laporan terkini, Abouk tidak akan menerima apa-apa daripada aset Hakimi kerana semuanya didaftarkan atas nama ibu pemain Paris Saint-Germain dan Maghribi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri tuntut separuh kekayaan, rupa-rupanya pemain bola ini dah serah hampir semua harta kepada ibunya... Gaji pun emak yang simpan

Sebelum ini, pemain antarabangsa Maghribi Achraf Hakimi menjadi bualan ramai selepas isterinya mendapati dia tidak memiliki sebarang harta walaupun dibayar gaji lumayan oleh kelab bola sepak Paris Saint Germain (PSG).

Hal itu terbongkar semasa prosiding perceraian yang sedang berjalan di mahkamah selepas isterinya, Hiba Abouk, memfailkan penceraian dan meminta separuh daripada kekayaan yang dimiliki oleh pemain bola sepak itu.

Wanita itu terkejut apabila dia dimaklumkan bahawa Hakimi, 24, telah mendaftarkan 80 peratus daripada kekayaan dimiliki atas nama ibunya sendiri.

Untuk rekod, Hakimi dan Abouk yang mempunyai dua orang anak lelaki bersama, bercerai bulan lalu. - MOROCCO WORLD NEWS

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain