suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Litar Miami Grand Prix bertukar jadi ‘kolam ’ gara-gara banjir, ramai berjenaka suruh pelumba bawa pakaian renang

Litar Grand Prix Miami ditenggelami banjir menjelang perlumbaan pada 7 Mei.

PELUMBA terkenal seperti Max Verstappen dan Lewis Hamilton dijangka membuat kemunculan menerusi Grand Prix Miami pada 7 Mei depan.

Namun, ramai yang meluahkan rasa bimbang apabila litar di Autodrome Antarabangsa Miami itu terjejas akibat banjir yang melanda.

Menerusi foto tular, litar tersebut kelihatan dipenuhi dengan takungan air paras lutut, sekali gus menimbulkan kebimbangan tentang penganjuran Grand Prix tidak lama lagi.

Malah, beberapa individu turut berjenaka supaya para pelumba membawa pakaian renang mereka ke litar tersebut yang ditenggelami banjir.

Namun, penganjur positif dengan baki masa yang ada dan berharap acara berkenaan dapat diteruskan seperti biasa. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain