suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Komen Marcelo di Instagram beri bayangan kemungkinan Ronaldo kembali ke Real Madrid?

Marcelo (kanan) meninggalkan komen yang seakan-akan memberi bayangan Ronaldo bakal kembali ke Real Madrid. Foto: Reuters

BINTANG Real Madrid, Marcelo Vieira menghangatkan spekulasi mengenai kemungkinan Cristiano Ronaldo akan kembali ke kelab tersebut.

Marcelo seakan-akan memberi petunjuk menerusi komennya di Instagram.

Sebelum ini, Ronaldo dikatakan mempunyai keinginan untuk kembali ke Bernabéu sebelum bersara.

Spekulasi makin kuat apabila Juventus dilaporkan bersedia untuk melepaskan bintang dari Portugal itu. Bagaimanapun kelab Serie A itu kemudian tampil menafikan khabar kononnya mereka berniat untuk melepaskan pemain berusia 36 tahun itu,

Di tengah-tengah kehangatan mengenai masa depan Ronaldo, Marcelo membuatkan peminat bola sepak tertanya-tanya sama ada komennya di laman sosial tersebut memberi bayangan kemungkinan mereka akan bersatu kembali sebagai rakan sepasukan.

Marcelo dikesan memberikan komen tersebut pada satu posting video yang memaparkan gambarnya bersama Ronaldo dengan kapsyen "That Marcelo-Cristiano connection" (Hubungan Marcelo-Cristiano).

Marcelo meninggalkan komen "soon" (segera) dengan disertai dua emoji yang memberi tafsiran tersendiri. - As.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain