suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

16 ahli keluarga terdekat didakwa sedang berbalah, berebut harta tinggalan Maradona

16 ahli keluarga terdekat sedang berebut harta tinggalannya yang bernilai £37 juta (RM199 juta). foto:AP

KEMATIAN bintang bola sepak terkenal dunia Diego Maradona ternyata mengejutkan peminat di seluruh dunia.

Terbaharu, dilaporkan 16 ahli keluarga terdekat sedang berebut harta tinggalannya yang bernilai £37 juta (RM199 juta).

ARTIKEL BERKAITAN: Legenda bola sepak, Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung

Pada 26 November lalu, mStar melaporkan legenda bola sepak Argentina itu meninggal pada usia 60 tahun.

Dia mengalami serangan jantung di kediamannya di Tigre, Buenos Aires.

Baru-baru ini, turut dilaporkan seorang remaja membuat permohonan agar kubur Maradona digali semula.

Dakwa Santiago Lara, dia merupakan anak kepada Maradona dan permohonan itu dibuat untuk membuktikan asal usul keturunannya.

Permohonan itu dibuat menerusi peguam yang mewakilinya, kurang 24 jam selepas pemain bola itu dikebumikan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain