suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Djokovic terkeluar dari Terbuka AS selepas pukul bola tenis ke arah penjaga garisan

Novak Djokovic memohon maaf kepada penjaga garisan berkenaan susulan insiden tersebut. Foto: Dailystar

BINTANG tenis nombor 1 dunia, Novak Djokovic terkeluar dari kejohanan Terbuka Amerika Syarikat selepas dia terpukul bola tenis ke arah seorang penjaga garisan wanita.

Insiden berlaku ketika Djokovic berdepan dengan bintang Sepanyol, Pablo Carrena Busta.

Pemain Serbia itu hanya ketinggalan 6-5 mata sebelum dia hilang kawalan kerana marah.

Dia kemudiannya memukul bola tenis dengan kuat keluar gelanggang yang kemudian mengenai seorang penjaga garisan wanita.

Dek kerana pukulan kuat, penjaga garisan berkenaan terjatuh di lantai dan memerlukan bantuan perubatan.

Djokovic kemudian menemui penjaga garisan itu dan memohon maaf di atas tindakannya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain