suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nama tak tercalon dalam anugerah pemain terbaik, peminat Salah mengamuk di media sosial

Ketiadaan nama Salah ternyata menimbulkan kemarahan kerana pemain dari Mesir itu berjaya meraih 19 jaringan pada musim lalu.

PEMINAT pasukan Liverpool membanjiri laman sosial apabila nama pemain Mohamed Salah tidak tercalon dalam Anugerah PFA.

Virgil van Dijk, Trent Alexander-Arnold, Jordan Henderson dan Sadio Mane merupakan antara yang tercalon dalam kategori Pemain Terbaik 2019 - 2020.

Ketiadaan nama Salah ternyata menimbulkan kemarahan kerana pemain dari Mesir itu berjaya meraih 19 jaringan pada musim lalu.

Malah, dia turut membantu Liverpool sehingga menjuarai Liga Premier.

"Salah merupakan mangsa kepada kejayaannya sendiri. Dia memberikan angka yang luar biasa pada 2017 dan 2018. Kemudian tidak tercalon apabila mengulangi pencapaian lalu pada musim ini.

"Salah pemain paling tidak dihormati dan ia benar-benar mengarut.

"Salah dirompak lagi," tulis beberapa peminat. - Empire of the Kop.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mohamed Salah, Liverpool, PFA

Artikel Lain