suria

Perlawanan Tottenham-Manchester United jadi tanda tanya, susulan pemain Norwich positif Covid-19

Norwich memang dalam perlawanan menentang Spurs. Foto Tottenham Hotspur FC via Getty I

TOTTENHAM Hotspur memberitahu persiapan untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester United pada Jumaat depan, tidak terjejas walaupun pertemuan mereka dengan seorang pemain Norwich City yang disahkan positif Covid-19.

Spurs menentang Canaries dalam perlawanan persahabatan di Stadium Tottenham Hotspur pada Jumaat lalu, dengan Norwich menang 2-1.

Bagaimanapun, seorang pemain Canaries yang bermain dalam perlawanan itu merupakan salah seorang daripada dua individu dari EPL yang disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut diketahui selepas keputusan dikeluarkan pada Sabtu.

Dengan pemain sekarang perlu melakukan kuarantin sendiri selama tujuh hari, dan ia mengakibatkan perlawanan Canaries dengan Southampton pada Jumaat terpaksa ditangguhkan.

Namun, terdapat dakwaan bahawa pemain-pemain Spurs juga perlu untuk menjalani kuarantin di bawah garis panduan dan pengesanan kontak.

Spurs bagaimanapun mengatakan bahawa perkara tersebut tidak berlaku kerana skuad mereka bukan kontak rapat dengan pemain Norwich.

"Pemain Norwich yang berkenaan mengesahkan dia tidak mempunyai 'hubungan rapat' dengan pasukan kami dan skuad kami juga mengesahkan perkara ini.

"Hasil ujian Covid-19 kami terus memberikan keputusan negatif sejak satu bacaan positif hampir dua minggu lalu," kata Tottenham dalam satu kenyataan kepada BBC Sport.- Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain