suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjaga gol Nagoya Grampus disahkan positif Covid-19

Penjaga gol Nagoya Grampus, Mitchell Langerak disahkan positif Covid-19. Foto: Instagram

PENJAGA gol kelab Jepun, Nagoya Grampus, Mitchell Langerak disahkan positif Covid-19.

Ia menjadikannya pemain kedua dijangkiti virus berkenaan di Liga Jepun.

Langerak yang juga seorang bintang Australia, dimasukkan ke hospital walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala.

Selepas penyerang Mu Kanazaki disahkan positif Covid-19 minggu lalu, ia menyebabkan kelab terpaksa melakukan saringan ke atas semua kontak rapat pemain berkenaan.

Daripada 26 ujian dijalankan Sabtu lalu, hanya keputusan Langerak didapati positif.

"Kami sedang cuba mengenal pasti kontak rapat Langerak, dengan bantuan pusat kesihatan tempatan, dan akan terus melakukan ujian Covid-19 ke atas pemain dan kakitangan lain.

"Kami akan putuskan jadual latihan pasukan berdasarkan keputusan ujian," kata kelab berkenaan.

Bola sepak profesional di Jepun akan kembali pada awal Julai tanpa kehadiran penonton selepas empat bulan ditangguhkan akibat pandemik Covid-19. - Japantimes.co

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain