suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Miroslav Klose jadi penolong pengurus Bayern Munich bermula musim depan

Miroslav Klose menandatangi kontrak sebagai pembantu jurulatih Bayern Munich. Foto Bayern Munich/AFP

LEGENDA pasukan Jerman, Miroslav Klose menandatangani kontrak satu tahun untuk menjadi penolong pengurus Bayern Munich bermula musim depan.

Tawaran itu akan meletakkan beliau di bawah ketua jurulatih Hansi Flick.

Klose, yang mencatat rekod 16 gol Piala Dunia dan memenangi trofi bersama Jerman pada 2014, menjadi jurulatih pasukan di bawah umur 17 tahun (U17) di Bayern.

Penglibatan beliau menjadi jurulatih itu selepas dua tahun bersara sebagai pemain pada 2016.

Bekas pemain berusia 41 tahun itu menjaringkan 53 gol dalam 150 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Bayern antara 2007 dan 2011.

Selain Bayern Munich, Klose juga pernah bermain untuk pasukan Kaiserslautern, Werder Bremen dan Lazio di Itali. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Miroslav Klose, Bayern Munich, Jerman,

Artikel Lain