suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor sebuah kelab bola sepak di Perancis bunuh diri selepas positif Covid-19

Dr Gonzalez membunuh diri selepas disahkan positif Covid-19.

KELAB bola sepak Perancis, Stade de Reims minggu lalu telah mengesahkan bahawa doktor kelab mereka, Bernard Gonzalez telah membunuh dirinya sendiri selepas didapati positif Covid-19.

Media Perancis melaporkan doktor berusia 60 tahun itu membunuh diri sendiri pada Ahad, tidak lama selepas dia disahkan positif koronavirus.

Pada waktu kejadian, Gonzalez sedang dikuarantin di dalam rumah bersama isterinya yang juga pesakit Covid-19.

Datuk Bandar Reims, Arnaud Robinet, dalam sebuah kenyataan meluahkan rasa simpatinya terhadap keluarga Gonzalez.

"Dia merupakan seorang doktor. Profesional dan dikenali oleh semua orang.

"Saya sangat simpati terhadap keluarga mangsa. Dia menghidapi Covid-19 lebih daripada dua minggu.

"Dia ada meninggalkan sebuah nota berhubung tindakannya itu tetapi saya tidak membacanya," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Stade de Reims, Jean-Pierre Caillot terkejut akan tindakan yang dilakukan oleh doktor tersebut.

"Saya hilang kata-kata sebaik menerima berita ini.

"Dia telah berkhidmat selama 20 tahun di kelab ini dengan penuh professional dan semangat.

"Saya ingin meluahkan rasa simpati kepada isteri dan anak-anak Gonzalez. Dia akan kekal sebahagian daripada kami di kelab ini," ujarnya. - Daily Star

Doktor, Kelab, Bunuh Diri, Perancis, Covid-19

Artikel Lain