suria

Skuad utama Bayern Munich kembali turun padang

Bayern bakal menjalani latihan berkala kecil.

PEMAIN Bayern Munich akan kembali turun ke padang latihan buat kali pertama pada Isnin selepas saingan Bundesliga ditangguhkan.

Sebelum ini, saingan liga di Jerman itu telah ditangguh sehingga 13 Mac berikutan penularan wabak koronavirus.

Badan Bola Sepak Jerman menasihatkan agar pemain-pemain tidak perlu turun ke padang latihan sehingga Ahad, 5 April.

Walau bagaimanapun, pasukan pendahulu liga itu akan mengadakan sesi latihan dalam bentuk kumpulan kecil pada Isnin.

Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan, Bayern Munich memberitahu hanya pasukan utama sahaja yang akan mengadakan sesi latihan pada Isnin.

"Latihan akan diadakan di bawah pemantauan pihak berkuasa dan pasukan keselamatan. Segala aspek kebersihan akan diambil kira dengan teliti.

"Orang awam juga tidak dibenarkan untuk menyertai sesi latihan tersebut bagi mengelakkan risiko penularan wabak merbahaya tersebut.

"Dalam pada itu, bagi mencegah penularan Covid-19, Bayern Munich telah menyeru penyokongnya untuk mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan," ujar kelab tersebut.

Selepas 25 perlawanan, Bayern Munich kini gah sebagai peneraju liga dengan kutipan mata sebanyak 55 mata, meninggalkan pesaing terdekat, Borussia Dortmund dengan perbezaan empat mata. - FourFourTwo

Bayern Munich, latihan, Covid-19

Artikel Lain