suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nenek peninju Britain maut akibat Covid-19, 6 hari selepas bapa turut terkorban

Nenek Anthony Yarde meninggal dunia akibat Covid-19, seelpas enam hari bapanya turut menjadi korban virus itu. Foto Getty

NENEK kepada peninju warga Britain, Anthony Yarde meninggal dunia akibat Covid-19.

Berita sedih yang diterima Yarde hanya enam hari selepas bapanya juga maut dijangkiti virus itu.

Peninju berusia 28 tahun itu mengesahkan perkara tersebut menerusi laman sosial Instagram pada Jumaat.

Beliau turut merayu kepada orang ramai supaya duduk rumah bagi mencegah penularan Covid-19.

"Kami kehilangan nenek akibat virus tu. Ayah saya dan ibunya meninggal hanya selang beberapa hari.

"Ia adalah serius. Orang ramai masih keluar walaupun tak ada perkara penting.

"Pandangan saya adalah jangan ambil risiko terhadap diri anda dan orang lain. Duduklah di rumah," katanya. - Daily Star


Anthony Yarde, peninju, Covid-19, korban

Artikel Lain