suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Juventus kedua positif Covid-19

Matuidi epamin kedua Juventus positif Covid-19.

SELEPAS Daniele Rugani, seorang lagi pemain Juventus disahkan positif Covid-19.

Juventus telah mengesahkan pemain tengah Blaise Matuidi menjadi mangsa kedua positif Covid-19 di kelab itu.

Rugani disahkan positif Rabu lalu tanpa menunjukkan sebarang simpton dan ianya turut berlaku kepada Matuidi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Juventus positif Covid-19

Matuidi telah dikuarantin sejak rakan sepasukannya itu disahkan positif.

“Blaise Matuidi telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang mendedahkan dia positif koronavirus Covid-19.

“Pada 11 Mac lalu, pemain itu telah secara sukarela menawarkan untuk menjalani kuarantin sendiri di rumah.

“Dia akan terus dipantau, begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain. Dia kelihatan sihat,” jelas kenyataan kelab.

Persatuan Bola Sepak Itali telah menggantung semua perlawanan sehingga 3 April berikutan Covid-19. -Onefootball

Artikel Lain