suria

Wenger, Mourinho serta Potchettino kongsi lima taktik penting halang Covid-19

Pochettino turut memberi pesanan mengenai Covid-19 bersama Fifa.

AKSI Liga Juara-Juara dan Liga Europa serta perlawanan peringkat domestik dibatalkan sehingga 3 April ini berikutan wabak koranavirus atau Covid-19.

Namun sekiranya tiada tanda-tanda pengurangan, kemungkinan besar penangguhan ini mungkin dipanjangkan.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) juga mengambil keputusan untuk menangguhkan saingan Euro 2020 ke tahun depan.

Berikutan situasi kesihatan yang serius ini, Fifa turut berkongsi betapa pentingnya mengenai kesedaran terhadap Covid-19 ini.

Itali mencatat rekod kes tertinggi Covid-19 di Eropah setakat ini.

Fifa telah memuatnaik sebuah video di laman sosial yang melibatkan Arsene Wenger, Jose Mourinho, Mauricio Potchettino, Casey Stoney, Aliou Cisse, Jill Ellis dan Gianni Infanno yang berkongsi mengenai ‘lima kunci taktik menghalang koronavirus'.

Ia bermula dengan Wenger: “Kita semua tahu koronavirus adalah sangat serius dan kita perlu mendahulukan kesihatan.

“Terdapat lima kunci taktik untuk menghalang koronavirus dan saya menyeru kepada anda semua untuk mengikuti disiplin lima taktik ini sepanjang masa.”

Ia disambung dengan pesanan Pochettino: “Ia bermula dengan tangan anda. Tolong bersihkan tangan sekerap mungkin, jika boleh gunakan pembasuh tangan yang mempunyai asas alkohol.”

Wenger turut berkongsi langkah pencegahan Covid-19.

Stoney dan Cisse pula menyeru semua orang menutup mulut dan hidung apabila batuk atau selsema, serta jauhkan daripada menyentuh mata, mulut dan hidung.

Manakala Mourinho berpesan supaya menjarakkan diri ketika berada dalam interaksi sosial.

“Jarakkan minimum satu meter daripada orang lain yang mengalami batuk dan selesema.”

Sehingga kini hampir 2,000 kes di United Kingdom termasuk 71 orang maut akibat Covid-19.

Manakala Itali mencatat angka tertinggi di Eropah dengan lebih 31,000 kes setakat ini. – Dailystar.co.uk

Artikel Lain