suria

Prestasi merosot, Manchester United sedia jual Lingard musim panas ini

Prestasi Lingard yang turun naik menyebabkan penyokong Manchester United mendesaknya untuk keluar dari kelab itu. Foto: REUTERS

JESSE Lingard dijangka dijual oleh pasukannya pada musim panas selepas tidak lagi mendapat kepercayaan  jurulatihnya, Ole Gunnar Solskjaer.

Semenjak ketibaan Bruno Fernandes pada Januari dan kemasukan Odion Ighalo secara pinjaman, pemain Manchester United itu tidak lagi duturunkan dalam kesebelasan utama.

Ini bermakna, Lingard hanya bermain untuk perlawanan yang kurang penting seperti bertemu Derby County dalam saingan Piala FA.

Pemain kebangsaan England yang mempunyai kontrak sehingga 2021 juga telah melantik Mino Raiola sebagai agen baharunya.

Manchester United dalam perancangan untuk membawa masuk sekurang-kurangnya salah seorang daripada tiga pemain antaranya Jadon Sancho, Jack Grealish dan James Maddison.

Selain itu, Pogba juga dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid atau kembali ke kelab lamanya yang berpangkalan di Turin iaitu Juventus.

Kemasukan Bruno Fernandes (kiri) dan Ighalo dilihat menajamkan lagi bahagian serangan skuad The Red Devils. Foto: AFP

Dengan kemasukan pemain baru, Lingard dilihat sebagai calon utama yang akan dijual United bagi meningkatkan dana pada musim perpindahan.

Lingard menganggap dirinya sebagai salah seorang daripada 10 pemain terbaik di Eropah, namun Solskjaer tidak lagi berminat untuk menggunakan khidmat pemain tersebut berikutan aksi yang kurang memberangsangkan.

Disiplin yang buruk ditunjukkan oleh Lingard di dalam padang mahupun semasa latihan antara salah satu sebab mengapa prestasinya merosot.

Berdasarkan prestasi semasa, tiada kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat Lingard, namun Raiola yang merupakan antara 'orang penting' di United dilihat akan menjalankan peranannya sebagai agen yang mempunyai hubungan paling luas di Eropah. - Goal.com

Artikel Lain