suria

Covid-19: UEFA mungkin tunda saingan Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Europa selepas pusingan 16

UEFA berkemungkinan menunda saingan di peringkat Eropah. Gambar sekadar hiasan/Foto: AFP

SAINGAN Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Eropah berkemungkinan tinggi akan ditunda berikutan penularan wabak koronavirus.

Dua pertandingan berprestij itu bakal melangsungkan saingan di peringkat 16 terbaik pada minggu ini dan minggu hadapan.

Dalam pada itu, beberapa perlawanan telah disahkan akan dilangsungkan secara tertutup tanpa kehadiran penyokong.

Menurut sebuah media di Sepanyol, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) akan membuat keputusan berkenaan dua pertandingan tersebut selepas tamat saingan pusingan 16 terbaik.

Catalunya Radio pula memberitahu UEFA sedang memantau kesesuaian untuk melangsungkan perlawanan bola sepak ketika musim virus.

Pada Isnin, UEFA telah memberitahu perlawanan secara tertutup akan diadakan antara Paris Saint-Germain menentang Borussia Dortmund dan sebuah lagi perlawanan ialah Wolverhampton menentang Olympiakos di Greece.

Sementara itu, Barcelona juga telah mengesahkan perlawanan menentang Napoli pada minggu hadapan akan dilangsungkan secara tertutup di Camp Nou.

"Saingan Liga Juara-Juara Eropah yang dijadualkan pada 19 Mac antara FC Barcelona dan Napoli akan dilangsungkan tanpa kehadiran penyokong," menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab Catalan itu. - TalkSport

UEFA, Europa, Barcelona, Napoli

Artikel Lain